Nuffnang

Sabtu, 9 Mac 2013

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


<b>Scha Al Yahya</b> Idam Kerjaya Awal Ashaari - Gua.com.my

Posted: 21 Jan 2013 08:00 AM PST

"Saya belum puas dengan watak yang diberikan kepada saya.  Saya cakap begini  bukanlah bermakna saya 'demand' dalam mencari watak tetapi saya sudah jemu dengan watak yang sama seperti seorang remaja tomboi dan berperwatakan kasar,"ujar Scha ketika ditemui baru-baru ini.

"Kalau boleh saya ingin membawakan watak pada sisi  lain seperti watak yang penuh emosi serta mencabar. Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan kekuatan saya lebih kepada watak-watak lincah dan kasar. Saya anggap saya masih dalam proses pembelajaran  kerana masih baru dalam industri ini dan banyak yang perlu saya pelajari. Bak kata pepatah inggeris 'practice makes perfect,'ujar Scha lagi.

Bercerita tentang kehidupannya sebagai seorang  isteri, Scha  memberitahu dia kini semakin bahagia melayari bahtera rumahtangga bersama Awal Ashaari. Harapannya untuk tahun 2013 ialah ingin membahagiakan keluarga dan menjadi seorang isteri yang baik. Dia juga mahu memperbaiki diri supaya lebih sempurna daripada sebelum ini dan yang paling dikehendakinya ialah mengacara sebuah program kerana mahu menjadikan tugas pengacaraan sebagai kerjaya sampingan.

Dalam perkembangannya lain, Scha bakal mempromosikan filemnya terbaru berjudul 'Awan Dania' yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 15 Mac hadapan. Kepada peminat-peminat Scha Al Yahya jangan lupa untuk menyaksikan filem ini nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan