Nuffnang

Jumaat, 26 April 2013

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Saya Tak Patah Semangat Langsung - <b>Aaron Aziz</b> | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2013 08:40 PM PDT

Aaron Aziz

Baru-baru ini, sebuah akhbar online tempatan telah menyiarkan kenyataan Timbalan Presiden FDAM, Abdul Rahim Awang yang mendakwa Aaron Aziz tidak mengikut peraturan negara apabila dia mengarah dan memalsukan maklumat pada Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) kepada Finas.

Kenyataan Abdul Rahim ini bagaimanapun telah menyebabkan Aaron memuatnaik sekeping gambar ke akaun Instagram-nya, bukti resit pembayarannya sebagai ahli baru Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) pada 12 April yang lalu.

Aaron turut menulis,

"Bila nak buat statement sila check dulu. Nak mengarah kena ada permit ke? Sedangkan KDN bagitau saya yg sebagai Penduduk Tetap (PR) di M'sia saya dapat benefit yg sama dan boleh kerja apa apa pun cuma tak boleh undi.

Dan saya akan rujuk kenapa saya perlu bayar sebanyak RM1500 kalau saya boleh dianggap BUKAN pekerja asing." – dipetik dari akaun Instagram Aaron Aziz

491412b6abe011e2a64f22000a1f968e_7

Sebentar tadi, OHBULAN! telah menghubungi Aaron untuk mendapatkan penjelasan mengenai situasi yang berlaku.

"Saya tak marah pun. Cuma saya minta cek dulu dengan orang-orang bawah supaya dapat maklumat yang betul.

"Mesti ada orang dengki, cuma saya tak tahu siapa," tambah Aaron lagi

Ditanya adakah dia akan berputus asa untuk menjadi pengarah selepas kejadian yang berlaku, Aaron memberitahu, "Saya tak rasa patah semangat langsung. Isu ini pun tak lah besar sangat."

Aaron memberitahu, selepas resit bukti keahliannya dimuatnaik ke laman Instagram, masih belum ada mana-mana pihak yang menghubunginya.

Untuk pengetahuan, pada 3 April lalu, lokasi penggambaran filem Romeo Kota yang diarahkan oleh Aaron Aziz telah diserbu oleh Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM). Dan menerusi gambar dibawah yang diambil dari laman Instagram Aaron lagi, filem Romeo Kota kini telah ditukar tajuk kepada Kriptik.

Aaron Aziz

Apa pun, semoga semua pihak kini sudah jelas dan seeloknya kaji dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh perasaan seseorang.

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan