Nuffnang

Ahad, 28 April 2013

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Kerajaan Rakyat: Anwar Ibrahim, <b>Erra Fazira</b>; Wajah-Wajah <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2013 06:41 AM PDT

Di Malaysia, solekan penyamaran tidak kurang hebatnya. Ia pernah digunakan dalam filem-filem tempatan seperti filem Hingga Ke Hujung Nyawa yang menampilkan Erra Fazira sebagai seorang nenek berusia 78 tahun.

Dalam filem terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd itu, teknologi solekan silikon diguna untuk menghidupkan watak Erra sebagai wanita tua.

Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli berkata, sama seperti gambar lucah terbaru mirip Anwar, teknik solekan penyamaran juga boleh dilakukan ke atas mana-mana individu untuk menyerupai ketua umum KEADILAN itu.

Beliau berkata demikian mengulas isu gambar fitnah terbaru yang disebar blogger Umno, memaparkan individu mirip Anwar bersama seorang lelaki.


Persoalannya, kata Rafizi, berapakah kos yang dihabiskan oleh musuh politik Anwar untuk menghasilkan individu yang kelihatan sama sepertinya?


"Sudah tentu ia memerlukan dana yang besar, disokong dan dibiayai orang tertentu. Dalam video fitnah pertama, ia dikeluarkan individu yang rapat dengan Umno dan Mahathir seperti Rahim Tamby Chik.

"Memang ada bukti tokoh Umno memainkan peranan yang cukup penting untuk mengeluarkan video fitnah seperti ini," ujarnya menambah pelakon serupa digunakan seperti dalam video fitnah pertama yang dihasilkan di Thailand.

Tambah beliau, tidak mustahil lebih ramai lagi pimpinan KEADILAN akan menjadi mangsa Umno, termasuk dirinya sendiri dengan penghasilan video seumpama itu.

Bagaimanapun kata Rafizi, KEADILAN enggan melayan fitnah berkenaan kerana tumpuan kini adalah kepada isu melibatkan urustadbir negara.

"Reaksi rakyat akan lebih marah lagi dengan video ini kerana rakyat tidak berminat dengan fitnah peribadi. Hingga satu peringkat ada pemimpin Umno sendiri meminta supaya menghentikan fitnah ini kerana ia menimbulkan kemarahan rakyat,"

"Umno hanya mahu kita mengalih usaha dan tumpuan daripada isu lebih besar seperti rasuah dan kerosakan pentadbiran negara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan