Nuffnang

Ahad, 28 April 2013

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Shila Amzah- <b>Sharnaaz Ahmad</b> Jawab Isu Cium Tangan

Posted: 19 Nov 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 19 NOV 2012: Tindakan penyanyi, Shila Amzah yang mencium tangan kekasihnya, pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu telah menimbulkan pelbagai maklum balas daripada banyak pihak.

Apatah lagi, tindakan mereka itu dilihat seperti mengulangi kontroversi menimpa pelawak, Nabil Raja Lawak yang memeluk Irma Hasmi selepas dinobatkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2009.

Berikutan itu, Shila Amzah telah pun meminta maaf kepada semua peminat atas tindakanya itu. Dalam laporan Mstar hari ini, Shila akui tindakannya itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.

"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berada di samping orang yang saya sayang. Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," jelasnya kepada portal tersebut.

Tindakan Shila pada AIM 19 yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam itu turut melahirkan rasa kekecewaan kepada peminatnya yang meluahkannya di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung.

Sementara itu, Sharnaaz Ahmad sebagai kekasihnya menganggap perkara itu tidak perlu diperbesarkan. Malah Sharnaaz dalam kenyataanya kepada akhbar Harian Metro hari ini memberitahu tindakan Shila itu hanyalah penghormatan 'adik kepada abang'.

"Memang Shila mencium tangan saya, tetapi ia sebagai penghormatan seorang adik kepada abang. Saya sedar hukum agama menyatakan ia berdosa, tetapi itu antara saya dengan Allah. Mungkin mereka (pengkritik) tidak senang duduk dengan kejadian itu dan menjadikannya sebagai bahan untuk menghentam saya," katanya kepada akhbar tabloid tersebut.

Ketika menerima anugerah di AIM19, Shila juga turut mengucapkan terima kasih kepada kekasihnya dengan menggelarkan Sharnaaz sebagai 'cinta hati saya'.

Selain memenangi anugerah Lagu Terbaik AIM19, Patah Seribu juga turut memengangi anugerah bagi kategori Lagu Pop Terbaik dengan menewaskan 5 lagu lain iaitu Counting Days (Jaclyn Victor), Aku Maafkan Kamu (Malique & Jamal Abdillah), Idola (Azlan & The Typewritter), Doa (Nora) dan Kuasa Cinta (Noraniza Idris).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan