"Kami kenal sudah lama, saya rapat dengan keluarga dia dan dia juga beberapa kali ke singgah ke rumah saya di Johor jika ada kerja di sana," katanya ketika ditemui di majlis Pesta Berlian Habib Jewel, di sini, Isnin.
Yana diminta mengulas khabar angin hubungan cintanya dengan pelakon Fadzil Zahari yang semakin heboh diperkatakan orang.
Bagaimanapun, jelas Yana, hubungan tersebut hanya sekadar teman rapat dan tidak lebih dari itu.
"Kami hanya kawan dan dia memang rajin menemani saya ke majlis-majlis jika tiada apa-apa halangan. Saya ajak dia teman kerana saya tidak suka jalan sendiri sejak dari dahulu," ujarnya.
Sementara itu, Yana berkata, dia mula rapat dengan Fadzil sejak dikenalkan oleh Farid. Malah Yana mengakui dia turut rapat dengan keluarga pelakon tersebut.
Dalam perkembangan lain, pelakon filem Aku Ada Kau Ada ini bakal keluar dengan filem terbaharunya berjudul Dua Kalimah dan Adnan Sempit 3 pada pertengahan tahun ini.
eh..Nak pi mana tu???Baca ni dulu
Related Posts : adik farid kamil, biodata fadzil zahari, fadzil zahari, gambar kahwin yana samsuddin, hiburan Malaysia, hubungan cinta yana samsuddin, keluarga yana samsuddin, suami yana samsuddin, yana samsuddin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan