Misha Omar - Google Blog Search |
<b>Misha Omar</b> Akui Angin Syurga Kisah Hidupnya - Gua.com.my Posted: 16 Apr 2013 05:58 PM PDT Bakal melancarkan album pada bulan Mei ini, penyanyi kelahiran Cik Siti Wan Kembang, Misha Omar turut terlibat dengan teater serta konsert jelajahnya yang mana akan membuatkan jadual kerjaya begitu padat. Misha mengklasifikasikan tahun 2013 sebagai tahun percubaan baginya kerana dia mencuba pelbagai cabang seni selain fokus kepada bidang nyanyian. Misha juga bakal bergandingan dengan Adibah Noor dan Jaclyn Victor untuk menggegarkan Malaysia menerusi Konsert Jelajah 3 Permata. "Setelah 11 tahun berada dalam industri seni, akhirnya saya diberi kesempatan untuk membuat konsert bersama penyanyi yang tidak dinafikan kemantapan vokal mereka. Saya yakin dengan kredibiliti masing-masing, konsert ini mampu mencipta kejayaan tersendiri apabila diadakan di Malaysia pula," ujar Misha ketika ditemui di sidang media konsert tersebut di The Terrace, The Curve, baru-baru ini. Menjangkau usia 31 tahun, Misha kerap kali ditanya mengenai hal perkahwinannya. Walaupun baru sahaja menerangkan mengenai perancangan perkahwinannya yang di tangguh ke tahun hadapan kerana kesibukan kerjaya masing-masing. Bersyukur dikurniakan tunang yang begitu memahami, Misha enggan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa kerana sudah lama dia mengidamkan saat berumahtangga itu. Tunangnya, Firos Ezzwan, juga baru saja tamat kursusnya dan mereka memilih untuk belum menetapkan tarikh perkahwinan demi kerjaya. Ketika diasak para wartawan mengenai penangguhan perkahwinannya, Misha juga diusik sama ada lagu 'Angin Syurga' yang semakin popular di corong-corong radio mempunyai hubung kait dengan dirinya. Misha tidak menafikan yang dia pernah melalui fasa-fasa percintaan seperti lagu itu namun perkara tersebut sudah lama berlalu. "Lagu 'Angin Syurga' mempunyai maksud yang sangat mendalam. Situasi seperti itu dihadapi oleh tidak kira sama ada lelaki atau pun perempuan. Saya pernah melalui fasa tersebut, namun kini tidak lagi setelah bertemu dengan tunang saya," ujarnya mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from Misha Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan