Nuffnang

Khamis, 25 April 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b>, Aiman Hakim Ridza Sudah Sampai Paris - Gua.com.my

Posted: 24 Apr 2013 09:45 PM PDT

Pelakon Fizo Omar, Tasha Shila, Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza kini sudah pun berada di kota Paris. Bukan kerana menjalani penggambaran filem atau drama, tetapi mengikuti percutian yang ditaja oleh Rafflesia dan Air France. percutian selama seminggu ini diadakan sempena dengan penerbangan pertama syarikat penerbangan Air France dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Paris- Charles de Gaulle bermula 23 April 2013.

Percutian hebat ini turut disertai oleh peminat-peminat yang membeli pakej percutian istimewa yang diseliakan oleh Sedunia Travel. 

Sepanjang tempoh seminggu berada di Kota Cinta itu, peserta akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di Paris seperti Place De La Concorde, Avenue des Champs Élysées & The Arc de Triomphe, pelayaran di Sungai Seine, lawatan ke Menara Eiffel dan tidak ketinggalan membeli belah di pusat pereka berjenama La Vallee yang menawarkan diskaun sehingga 60 peratus.

Jom lihat beberapa foto percutian mereka yang sempat GUA kumpulkan untuk tatapan anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan