Lisdawati - Google Blog Search |
<b>Lisdawati</b> Dendam Terhadap Lelaki | buahmulut.com Posted: 21 Apr 2013 06:58 AM PDT Benarkan pelakon cantik Lisdawati menyimpan dendam terhadap golongan lelaki? Atau adakah sikapnya itu semata-mata memenuhi watak yang 'dihidupkannya' dalam drama yang dibintangi isteri aktor Fauzi Nawawi itu? Namun peminat Lisdawati pastinya tidak perlu gusar kerana babak-babak dendam terhadap lelaki itu hanya bagi memenuhi tuntutan wataknya yang menanggung beban derita batin dan dendam Salmiah terhadap lelaki setelah dia kehilangan maruah, harga diri dan segala-galanya angkara perbuatan lelaki. Turut dibantu pelakon berpengalaman Ahmad Tarmimi Saregar, Fizz Fairuz, Zarina Zainoordin, Wan Nor Azlin dan Dato Jalaluddin Hassan, telemovie bertajuk "Khilaf" yang menemui penonton RTM pada 26 April 2013, jam 10.30 pagi di TV1 berkongsi lara dihadapi Salmiah bermula setelah ayahnya kahwin lain dan meninggalkan mereka berdua. Penderitaan Salmiah dan ibunya mendapat simpati Pak Mat, lelaki kaya yang dihormati di kampungnya. Malangnya Pak Mat sebenarnya menaruh niat yang tidak baik terhadap Salmiah dan telah memperkosanya. Tertekan dengan apa yang berlaku, Salmiah nekad melarikan diri ke bandar. Bagaimanapun dia menjadi mangsa Fuad, seorang bapak ayam yang memaksa Salmiah menjadi GRO. Dendam terhadap lelaki mula menguasai dirinya. Bagaimanapun dalam diam, dia mengharapkan ada seorang lelaki yang hadir membawa cahaya dalam kehidupannya. Selepas tiga tahun menjadi GRO, Salmiah dipaksa Fuad supaya memikat seorang tokoh korporat duda, Shahdan. Kisah hidup Shahdan tersiar dalam sebuah majalah. Melalui rancangan Fuad, satu malam Fuad berpura-pura hendak memperkosakan Salmiah. Salmiah diselamatkan oleh Shahdan. Perkenalan Shahdan dengan Salmiah membenihkan cinta di hati Shahdan. Atas persetujuan anak tunggal Shahdan, Azreen, akhirnya mereka berdua berkahwin. Hubungan cinta Shahdan dengan Salmiah menimbulkan rasa kurang senang di hati Fuad kerana dia mempergunakan Salmiah untuk mengikis harta Shahdan. Bosan dengan sikap Fuad, akhirnya Salmiah 'mengenakan' Fuad dengan meletakkan dadah dalam kereta Fuad. Fuad akhirnya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun tetapi disebabkan kelakuan baik, tiga tahun kemudian dia dibebaskan. Selepas tiga tahun berkahwin, hubungan Salmiah mula dingin apabila Shahdan tahu Salmiah bekas seorang GRO. Dalam waktu yang sama, Fuad yang dibebaskan kembali mengganggu hidup Salmiah. Tertekan dengan apa yang berlaku, terutama sikap Shahdan yang mula memandang serong terhadapnya, Salmiah merancang membunuh Shahdan atas dasar dendam terhadap lelaki. Dia berjaya memujuk Fuad melaksanakan rancangan tersebut. Azreen perasaan dengan perubahan sikap Salmiah, terutama perlakuan was-was Salmiah yang suka melakukan pekerjaan itu berulang-ulang ketika dia berada dalam tekanan. Azreen risau melihat apa yang berlaku, dia cuba berbincang dengan kawan rapatnya, Izwan tetapi Izwan menganggap perkara itu biasa bagi kerana dalam perubatan ada mereka yang berpenyakit was-was. Satu malam, ketika pulang dari menghadiri majlis alumni, Shahdan terbabit dalam kemalangan yang dirancang oleh Fuad. Sejak itu, Salmiah makin berubah dan hubungannya dengan Azreen kian tegang terutama apabila Salmiah tidak suka hubungan Azreen dengan Izwan. Salmiah sebenarnya terpikat dengan Izwan. Apabila Fuad terus mendesak untuk mendapatkan harta peninggalan Shahdan, Salmiah memkasa Fuad membunuh Azreen. Bagaimanapun fikiran Salmiah dapat dibaca oleh Fuad. Salmiah yang bencikan lelaki, kenapa Azreen pula menjadi sasaran kerana selama ini Azreen hidup bukannya bertunjang pada harta kemewahan tetapi dendam kesumat pada lelaki. Salmiah pula menduga Fuad tidak akan membunuh Azreen kerana dia kenal Fuad sebagai lelaki yang tidak pernah menolak kesempatan. Azreen yang sebatang kara, sementelahan pula berharta sudah tentu menjadi sasaran Fuad. Dalam melunasi hasratnya, pasti Fuad akan menghapus Izwan, orang yang boleh dianggap sebagai 'pendiding' Azreen. Atas rancangan Salmiah, akhirnya Salmiah berjaya membawa Azreen, Fuad dan Izwan ke sebuah rumah usang yang menjadi tempat pertemuan mereka setiap kali merancang sesuatu. Salmiah mendesak Fuad membunuh Azreen, manakala Fuad pula nekad hendak membunuh Izwan. Lalu apakah kesudahannya? Adakah Salmiah berjaya melunaskan dendamnya atau kebenaran bakal terbongkar sekaligus membongkar kesalahan yang pernah dilakukannya? Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !! |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan