Nuffnang

Jumaat, 5 April 2013

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Feb 2013 07:22 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jan 2013 07:54 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Dec 2012 07:42 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Nov 2012 07:38 PM PST


DoMok berLari-Lari...: <b>Norman KRU</b> dan KPOP

Posted: 26 Oct 2012 11:20 PM PDT




Pada pandangan anda, apakah keistimewaan muzik K-Pop berbanding muzik lain sehingga ia boleh menjadi fenomena luar biasa?


Norman: Bagi saya, muzik K-Pop bukan satu fenomena luar biasa dan bukan sesuatu yang baru dalam industri negara kita, walaupun penerimaan peminat di luar jangkaan. Ini kerana, jika dilihat berdasarkan jualan album K-Pop dalam negara kita, mereka tidak mampu tandingi artis-artis dari Hollywood. Bahkan mereka tidak dapat menandingi kehebatan jualan album penyanyi popular tanah air kita seperti, Anuar Zain.

Perlu diingat, sebilangan ramai peminat K-Pop ialah orang muda dan remaja. Mereka ini yang sangat fanatik dan obses kepada kumpulan K-Pop dengan menggilai penampilan pakej, seperti cara berpakaian dan personaliti anggota kumpulan K-Pop yang sememangnya mesra dengan peminat.

- eh hello cik abe..ko kate jualan album dorg tak menandingi?ko tau x semua peminat kpop sanggup beli album dorg yg original beratus2 ringgit?kadang2 satu DVD pon mencecah sampai rm500.
membazir?tu la..yg xtau tu la yg kate membazir.
beli album original dorg dpt barang2 ekslusif dari dorg...
dpt free exclusive postcard..
dpt poster...
then boleh tukar2 lagi cards tu dgn org lain yg ske mengumpul..
(means dijual oke..ha..senangkan dpt duit)
kalo bli album tempatan dpt hape?stakat dpt sekeping cd je.
pastu dgr la sampai bernanah.
tu fasal la ramai yg lagi suka download.
eh hello..ubah skit la cara marketing tuh.

SUPER JUNIOR 'Star collection Card'
MBLAQ - 2011 Live Concert MIM Photo Book (250 pages) + Making DVD (28 mins)
K-Pop kebiasaannya dianggotai ramai ahli dan menggunakan koreografi tarian yang bertenaga. Adakah ini menjadi faktor agresif yang mampu menarik peminat ?


Norman: Seperti kita saksikan, kumpulan K-Pop dianggotai remaja berusia awal 20-an dan muncul dengan pekej lengkap seperti rupa paras menarik, personaliti, karakter dan ada gaya tarian. Mereka dibentuk untuk kelihatan sempurna di mata peminat dengan daya tarikan tersendiri bagi setiap anggotanya. Memang diakui, persembahan mereka rapi dan teliti. Ini juga faktor artis K Pop digilai kebanyakan peminat.

Tetapi tarian mereka tidaklah berbeza dengan mana-mana artis berkumpulan tempatan. Artis kita juga boleh menari dengan baik, tetapi cara pembawaan muzik itu yang lain.

- oke..aku tau la artis tempatan leh menari dgn baik macam...stacy..adam..lepas tu stacy lagi..adam..errr..tu je kan yg fofuler & dikenali?
kekekekekeke...tolong la..kpop dorg semua boleh menari..
yg kita?sampai kene buat cerita "Sayang I Can Dance" je..(tu pon kene ade plakon endon.
ya hado tol la..
lagi satu..
dorg ni bukan trus2 keluar je jadi artist..
dorg dilatih dari kecik..
lepas da yakin dorg ni ada semua bakat baru la dorg debut.
and jadual dorg sgt ketat.
klo lepas concert tu dorg akan trus fly utk ke concert yg lain.
artis lain sini?
lepas concert lepak2 kat kedai mamak..
tak pon balik uma tido..
padahal nyanyi tercegat je..
hahahhahahasnah..!

*dorg practice pon dorg masukkan dkt utube.giler best kan.artist lain ade ke?yang ADO!




Korea adalah satu bahasa yang berbeza tetapi lagu K-Pop boleh diterima dengan baik. Oleh itu, adakah K-Pop mendapat tempat di hati peminat kerana susunan muziknya?


Norman: Pada pandangan saya, peminat fanatik K-Pop sebenarnya bukan fokus kepada lirik lagu tetapi hanya kepada rentak dan melodi sesebuah lagu itu. Saya pasti, mereka menggemari KPop kerana rancak dan bertenaga.


- oke.yg ni aku setuju skit la..tak byk pon..skit je..
tapi ada gak lagu2 kpop yg slow.
tapi melekat dihati..
sebab bila ditranslatekan..
lirik dorg sgt indah..
tak macam lagu tempatan yg KEBANYAKKANnye ulang2 ayat yg same..
sila rujuk balik setiap lirik2 lagu jiwang Malaysia.

Because the reason I live is you,
With my heart, I hope the remaining,
flickering memories will be sent to you

ALi – Hurt(ost RoofTop Prince)
At the end of this road I walk on,
At this road that was allowed to me,
I, who used to love and love you more,
Remain here alone
My love has all burned up and
the only thing remaining
Are the exhausted scars from waiting
I cannot forget a person like you
Only tears fall
When my love has all washed away
Only the longing scars remain
Only the words, "good bye" remain
So I cannot forget you
Following the flower petals
that yield to the sky
When I meet you,
I can tell you now that I longed for you
I long for you so I couldn't forget you
My love has all burned up and
the only thing remaining
Are the exhausted scars from waiting
I cannot forget a person like you
Only tears fall
When my love has all washed away
Only the longing scars remain
Only the words, "good bye" remain
So I cannot forget you
lagu ni dicipta khas utk drama ni..
tak payah pakai2 lagu org.


Adakah muzik K-Pop boleh dianggap sebagai satu revolusi baru dalam industri muzik di negara kita?


Norman: K-Pop bukan satu revolusi baru dalam industri muzik? Dalam industri kita sudah muncul kumpulan seperti KRU, 4U2C dan Nico juga popular dan ramai peminat.

Manakala industri Hollywood digegarkan kumpulan seperti Back Street Boys, N Sync dan 911. Hanya hari ini, kita lihat mereka begitu menyerlah setelah berjaya gah melalui persembahan konsert. Kita dapat lihat, sambutan hebat itu apabila ribuan peminat hadir menonton konsert.

Sekali lagi saya tegaskan, muzik mereka tidak berbeza dengan muzik tempatan dan kewujudan K-Pop sebenarnya hanya mengikut musim.

Tidak mustahil, K-Pop akan hilang populariti dan tenggelam satu masa nanti. Namun, tidak dinafikan K-Pop punyai pengikut tegar di negara sendiri, memandangkan mereka sudah sinonim dengan muzik cara ini.

- hanya mengikut musim?
eyh hello..sekarang 2012..da nak masuk 2013 da pon..
aku minat kpop ni sejak 2007 oke je..
musim pebende?
KRU pon same gak an..
sejak akak aku remaja sampai la ke generasi aku ni..
KRU tetap bertahan..so korg nak kata yg korg ni x ikot musim la?
buat research dulu sebelum memberi comment.

sedih betul bila aku jumpa artikel gini...
nak2 daripada KRU..
aku da la minat dgn KRU ni...
sebenarnya aku minat YUSRY je..
wakakakaka..
patah skit semangat aku nak bkerjasam dgn KRU production..

kepada artis2 Malaysia khususnye..
sila la jgn memjatuhkan minat peminat2 KPOP..
sebab KPOPERS takkan berganjak walau seinci demi minat mereka..
malah anda ibarat menggali lubang kubur dari punca rezeki anda..
itu la yg akan terjadi pada mereka yg suka dengki2..
maksud dengki bukan fokus pada artis saja..
ianya umum..

so jangan dengki2 or jelous oke.
kalau Allah bagi rezeki kat kita..
walaupun sikit..
kita kene bersyukur.
daripada tak diberi langsung.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Oct 2012 05:00 PM PDT


&#39;Hantu Kapcai&#39; Rampas Carta No #1 Box Office – <b>Norman KRU</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 05:00 PM PDT


Bermula 27 September lalu, filem "Hantu Kapcai" telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem berunsurkan aksi komedi arahan Ghaz Abu Bakar ini telah berjaya menambat hati penonton sehingga mendapat kedudukan pertama bagi kutipan Box Office tertinggi minggu ini dan secara tidak langsung mengalahkan filem-filem Hollywood yang sedia ada.

Berikutan kejayaan filem tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim bagi mendapatkan kenyataan mengenai kejayaan terbesar filem naungannya.

Menurut Norman, terdapat beberapa formula yang membuatkan filem ini berjaya menambat hati penonton, antaranya adalah pemilihan barisan pelakon yang berbakat dan juga pemilihan jalan cerita yang berunsurkan sub budaya Mat Rempit yang dikatakan sangat dekat dengan kehidupan seharian penonton di Malaysia.

"Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang membuatkan filem ini berjaya. Yang pertama, pemilihan pelakon yang berbakat dan ditambah pula dengan nama-nama pelakon yang sedang meningkat naik seperti Neelofa, Izzu Islam, Hairulazreen dan juga Riz Amin."

"Faktor kedua adalah tema cerita ini yang berunsurkan sub budaya kumpulan Mat Rempit dan ditambah pula dengan elemen fantasi spiritual. Jadi, gabungan kedua-dua elemen ini membuatkan penonton suka dan mampu beri kesan yang mendalam kepada penonton itu sendiri," komen Norman mengenai kejayaan filem Hantu Kapcai.

Mengulas lebih lanjut mengenai kejayaan tersebut, Norman akui pemilihan pelakon juga penting untuk menaikkan penjualan tiket sesuatu filem. Oleh itu, Norman menyifatkan pelaburannya setahun lalu menerusi pemilihan pelakon-pelakon baru adalah suatu yang baik dan ia merupakan sambutan di luar jangkaan.

Memandangkan filem bergenre aksi komedi ini mendapat sambutan hangat di hati penonton, jadi timbul pula persoalan adakah selepas ini pihak Showbiz akan meneruskan strategi yang sama dan mengekalkan elemen yang sedia ada untuk kesemua filem naungannya?

Lantas Norman menjawab, "Pihak kami sememangnya mengasingkan filem-filem untuk KRU Studio dan Showbiz. Di mana, untuk KRU Studio filemnya lebih bersifat komersial dan mengandungi unsur primental seperti filem 'Magika' dan 'Merong Mahawangsa.' Kedua-dua filem tersebut memberi risiko kepada pihak KRU Studio sendiri."

"Manakala untuk Showbiz, filemnya lebih bersifat sederhana dan tidak terlalu serius. Seperti sebelum ini filem yang berjaya menambat hati penonton adalah filem 'Cicakman.' Jadi, kami akan terus menghasilkan filem bergenre aksi komedi begini dan kena lihat juga senario pasaran filem ketika itu," ulas Noman lagi.

Pada masa yang sama, Norman turut akui meskipun budget filem ini tidak terlalu tinggi, tapi impaknya kepada penonton sangat besar dan inilah yang KRU Studio mahukan.

OHBULAN! turut mendapatkan respon daripada peminat di Twitter yang rata-rata amat menyukai "Hantu Kapcai" atas faktor-faktor yang dikemukakan oleh Norman sebentar tadi.

BERITA ARTIS - Sofazr Sertai <b>KRU</b> Studios? - Gua.com.my

Posted: 23 Sep 2012 09:00 AM PDT

Penyertaan kumpulan anak muda ini dalam rancangan realiti Versus tidak berjaya meletakkan mereka sebagai pemenang namun pengalaman menyerlahkan kreativiti mereka yang tersendiri pastinya menjadi suatu kenangan yang amat berharga.

Tentunya  populariti dan nilai komersial Sofazr menjadi faktor utama mengapa kumpulan ini diterima baik oleh peminat muzik tanahair. Terbaru, khabar yang sampai ke telinga GUA mengatakan yang Sofazr sudahpun dirisik pihak KRU Studios untuk bernaung di bawah syarikat rakamannnya, KRU Music.

Jika benar berita ini maka ia bakal menjadi sesuatu yang kita nantikan kerana kolaborasi kreatif Sofazr dan komitmen KRU Studios dalam menghasilkan produk berkualiti sudah pastinya didambakan peminat muzik Malaysia.

Kerjasama Sofazr dan KRU bukanlah sesuatu yang baru untuk diperkatakan kerana lagu tema filem Cinta Kura-Kura, Pencinta Terbaik nyanyian Sofazr adalah hasil nukilan Edry Abdul Halim sepenuhnya. Apatah lagi, filem itu turut diterbitkan KRU Studios.

Kehadiran Sofazr dalam KRU juga bakal memperkukuh empayar yang dibina hasil kerja keras 3 beradik penuh semangat iaitu Norman, Edry dan Yusry Abdul Halim. Sudah tentu barisan artis naungan KRU Studios bakal menjadi benteng terkuat mereka selepas penyertaan Datuk Sharifah Aini, Jaclyn Victor dan Wings ke dalam keluarga mereka.

Apa-apapun, sama ada gosip yang diterima GUA ini benar atau tidak, GUA mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pihak. Agak-agaknya siapa lagi yang anda ingin lihat berkerjasama dengan KRU Studios? Suarakan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Dec 2012 07:58 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2012 07:21 PM PDT


Tampil Single Baru, <b>KRU</b> Dedikasi Lagu Kepada Ibu – Perak Today

Posted: 16 Sep 2012 02:33 AM PDT

Anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim memberitahu mereka akan melancarkan sebuah single terbaru berjudul Wanita yang ditujukan khas buat ibu mereka Zarina Fenner.

Norman berkata, lagu berkenaan yang ditulis sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim itu didedikasikan kepada ibu mereka sebagai tanda peringatan jasa dan pengorbanan wanita itu kepada mereka.

"Secara asasnya lagu itu dibuat untuk menghargai semua wanita tetapi bagi kami tiga beradik ia adalah satu penghargaan buat ibu kami yang banyak memberi tunjuk ajar, memberi nasihat dan sentiasa berada di sisi kami," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rumah terbuka KRU di sini pada Sabtu.

Norman memberitahu lagu tersebut akan dimuatkan dalam album terbaru mereka yang berjudul KRUNOMENA yang bakal berada di pasaran pada November depan.

Dalam pda itu, Norman memberitahu single terbaru mereka itu akan dilancarkan selewat-lewatnya pada minggu hadapan di laman Youtube sebelum ia dimainkan di semua stesen radio tempatan.

Kata Norman, mereka turut akan melancarkan klip video lagu tersebut sebagai salah satu promosi lagu dan album itu.

"Untuk lancarkan lagu itu secara serentak di stesen radio mungkin sukar pada masa sekarang jadi kami akan melancarkan secara rasmi di Youtube selewat-lewatnya pada minggu hadapan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah mereka bersedia untuk membuat persembahan bersempena kelahiran album baru sebagai promosi, Norman memberitahu dia perlu berbincang dengan Yusry dan Edry terlebih dahulu.

Ini kerana kata Norman, komitmen dan jadual mereka yang sangat padat mungkin membataskan hasrat mereka untuk berbuat demikian.

"Barangkali kami akan memperbanyakkan promosi album itu dengan kemunculan klip video dan untuk mengadakan persembahan itu mungkin agak sukar kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pada majlis rumah terbuka KRU disambut meriah dengan kehadiran keluarga terdekat dan rakan-rakan artis seperti Fizz Fairuz, Forteen, Harun Salim Bachik dan Wings.

-mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan