Nuffnang

Jumaat, 5 April 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Bergaduh Dengan Bapa Kerana KL Gangster 2 <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 06:52 AM PST

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memohon semua pihak memahami tekanan yang dihadapinya ekoran konflik hubungan dengan bapanya, penerbit filem Datuk Yusof Haslam. 


Syamsul, 29, berkata, konflik tersebut adalah masalah dalaman keluarga yang tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak kerana ia membabitkan hubungan anak dan bapa.

"Ini bukan isu besar pun. Masalah dalaman keluarga adalah perkara biasa pada mana-mana orang pun.
"Saya tidak mahu ia diperbesarkan kerana orang tidak tahu kedudukan sebenar saya dalam hal ini," luahnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad.
Syamsul berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan kononnya hubungan dua beranak itu semakin renggang akibat sikap Syamsul yang melenggahkan proses suntingan filem aksi arahannya berjudul KL Gangster 2.

Bagaimanapun, dalam laporan sebuah akhbar harian pada awal minggu lalu, Yusof menafikan hubungan mereka berantakan seperti didakwa.

Sebaliknya, dia sekadar menggertak anak lelakinya menyegerakan proses suntingan filem terbitan syarikat produksi mereka, Skop Production itu.

Syamsul berkata, sebagai anak dia menerima segala teguran yang diberikan bapanya dengan hati terbuka tetapi mempunyai sebab tersendiri yang membawa kepada penangguhan suntingan filem tersebut.

"Terguran dan cara papa (Yusof) agak keras tetapi saya ambilnya dari sudut positif. Mungkin itu caranya untuk membakar semangat saya.
"Namun, orang luar tidak tahu tekanan sebenar yang saya lalui dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan," katanya.
Ditanya mengenai perkembangan filem KL Gangster 2, Syamsul berkata, dia tidak dapat memberikan tumpuan penuh pada suntingan filem itu kerana turut mempunyai komitmen lain dalam syarikat keluarganya.
"Saya bukan setakat fokus pada suntingan filem itu sahaja. Kalau diikutkan, saya terlibat dalam beberapa komitmen produksi lain di bawah Skop juga.
"Insya-Allah, saya akan terbang semula ke Bangkok, Thailand dalam masa terdekat. KL Gangster 2 akan dapat disiapkan dalam masa dua minggu lagi," hurainya.
KL Gangster 2 dijangka ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

<b>Syamsul Yusof</b> Kahwin Siswi Perubatan 2 Tahun Lagi

Posted: 17 Jul 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2012: Walaupun pada awalnya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, 28, agak keberatan untuk berkongsi cerita tentang kisah cintanya kepada pihak media, namun akhirnya anak kepada produser filem Dato' Yusof Haslam ini tidak dapat membendung perasaannya bahawa dia kini sedang bahagia dilamun cinta.

Malah, Syamsul Yusof yang seronok berlakon dalam filem SAM, arahan adiknya, Syafiq Yusof juga tidak dapat menolak kemungkinan bahawa dia mungkin bakal berumahtangga sebelum usianya mencecah usia 30 tahun.

"Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang bahagia dengan dia. Sebenarnya, saya belum betul-betul bersedia hendak bercakap soal kahwin. Nantilah, apabila dah sedia sepenuhnya saya akan umumkan pada semua.

"Tetapi, saya mengaku sedang bahagia dan bersyukur kerana dia seorang wanita yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon.

"Saya pun agak jarang berjumpa dengan dia. Malah, sudah sebulan lebih saya tidak berjumpa dengannya. Kami hanya berbual menerusi telefon saja. Mengikut perkiraan, sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan cinta bersama," katanya di tayangan filem SAM di Mid Valley, malam semalam.

Dalam pada itu, Syamsul Yusof turut memohon maaf kerana tidak dapat mengumumkan nama teman wanitanya itu kepada umum kerana risau akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kelak.

"Insya-Allah, saya akan berkahwin sebelum usia saya mencecah 30 tahun. Lebih kurang 2 tahun saja lagi. Sejujurnya, saya bukannya nak sembunyikan hubungan saya dengan dia. Ini soal peribadi dan saya harap peminat saya faham.

"Setakat ini, keluarga kedua-dua belah pihak tahu kami berkawan tapi masih belum ada berkesempatan untuk berjumpa keluarga masing-masing. Sekarang ini, kekasih saya bekerja sambil belajar di sebuah kolej.

"Dia mengambil jurusan perubatan tapi bukannya seorang doktor. Sekali lagi,saya tak mahu kecoh dan kalau boleh saya mahu cuba membahagikan bidang glamor dan kerjaya dengan seimbang," jelasnya kepada murai.com.my.

Sementara itu, anak muda yang semakin selesa menjadi pelakon ini berhasrat menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu sebagai orang biasa dan bukannya sebagai selebriti dikenali.

"Dia tahu saya siapa. Namun, saya harap dia terima saya seadanya sama seperti lelaki yang lain. Apapun, saya bersyukur apabila saya dikatakan menjadi lelaki idaman Malaya selepas lebih banyak berkecimpung dalam bidang lakonan.

"Sejujurnya, saya tidak tahu nak komen apa bila saya dikategorikan sebagai lelaki hot ini. Apa yang boleh saya katakan hanyalah ucapan terima kasih dan teruslah menyokong saya baik sebagai pelakon mahupun sebagai pengarah," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan