Nuffnang

Rabu, 22 Mei 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> & Zalif Sidek Kembali Bercinta? | Kaki Bising Dot Com

Posted: 13 May 2013 03:07 PM PDT

image

Selepas hubungan Fida Ibrahim dan Mamat Sepah terputus di tengah jalan, Fida khabarnya menjalinkan hubungan rapat dengan pelakon, Zalif Sidek.

Namun, hubungan mereka juga tidak berjaya ke peringkat yang seterusnya apabila Fida mengatakan ada seorang wanita menyerangnya dan tidak membenarkan penyanyi dan pelakon itu terus rapat dengan Zalif Sidek.

Gara-gara itu, hubungan mereka renggang sehinggalah baru-baru ini ada laporan media mengatakan Fida telah menjemput Zalif Sidek hadir ke majlis kesyukuran yang diadakan di kediaman Fida.

Malah mereka juga dilihat mengenakan pakaian sedondon dan perkara itu telah menimbulkan syak wasangka serta mendapat usikan di kalangan sahabat yang hadir.

Menurut laporan Metro Ahad, Zalif Sidek mengakui hubungan mereka kembali rapat sejak dia berjumpa Fida di majlis kesyukuran itu.

Mereka juga menggunakan kesempatan yang ada pada masa itu untuk berbicara dari hati ke hati mengenai apa yang terjadi sebelum ini dan menganggap segalanya telah selesai.

Zalif Sidek juga beranggapan kemungkinan ada jodoh di antara mereka namun tidak mahu terlampau yakin. Mereka lebih selesa meyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.

Jika benar Fida jodoh Zalif Sidek, cabaran sebesar alam pun pasti tetap bersama juga akhirnya, kan? Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan