Nuffnang

Jumaat, 24 Mei 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Saya Sudah Putus Cinta – <b>Fizo Omar</b> | - Beautiful Nara

Posted: 20 May 2013 08:33 PM PDT


Berita baik buat wanita-wanita di luar sana yang meminati Fizo Omar. Tuan punya badan telah mengesahkan bahawa hubungan percintaannya dengan Asmidar Jaafar telah berakhir. Kini Fizo Omar kembali single and available.

fizo omar

Fizo Omar dan Asmidar hanya sempat bercinta selama 2 bulan. Kata Fizo Omar kepada portal GUA:-

Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas dan hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja. Apa yang boleh saya katakan, mungkin tidak ada keserasian antara kami atau mungkin masing-masing susah nak beri komitmen dengan perhubungan ini. Pendek cerita, memang tak ada jodoh antara kami dan mungkin dia layak dengan seorang yang lebih baik. Perkara ini tidak ada kaitan dengan pihak ketiga. Kami berpisah dengan cara elok. Ada juga mengaitkan bekas kekasih saya sebelum ini sebagai punca. Saya minta agar jangan kaitkan doktor itu dalam kes ini sebab dia tak ada kena-mengena.

fizo omarAbang Nara tengok mereka berdua memang sesuai sangat. Memang sama cantik sama padan. Namun sayangnya tiada jodoh. Yang pasti, ramai lagi gadis-gadis di luar sana yang sudi menjadi kekasih Fizo Omar. Pasti suatu hari nanti akan bertemu jua.

P.S: Spyshot Proton Preve Hatchback

Yang Ini Pun Best Jugak:-


"Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta" - <b>Fizo Omar</b> | Oh! Artis

Posted: 20 May 2013 09:23 PM PDT

208953_145053515560081_100001662996972_282231_2022854_n

Rasanya baru saja kita mendengar berita tentang gosip percintaan pelakon kacak yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Fizo Omar dengan seorang gadis bernama Asmidar Jaafar atau lebih dikenali sebagai Haas. Namun, perjalanan hubungan cinta mereka nampaknya tak panjang apabila Fizo sendiri yang mengakui bahawa dia sudah pun putus cinta setelah 2 bulan menyulam cinta dengan gadis tersebut.

Bukan mudah untuk Fizo membuka cerita itu namun selepas dipujuk berkali-kali Fizo akhirnya akur untuk berterus-terang tentang status percintaannya. Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini juga menafikan bahawa dia cuba menyembunyikan kisah putus cintanya itu.

"Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas dan hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja," jelas Fizo.

"Saya bukan tak mahu bercerita apatah lagi merahsiakan perkara ini tapi sekarang saya sibuk dengan penggambaran filem dan banyak perkara lagi. Mungkin ada pihak yang akan mengata kononnya dulu bukan main saya nak menjaja kisah cinta tapi bila putus cinta nak berahsia. Namun saya ingin tegaskan di sini, dari awal lagi saya memang tak berani nak komen lebih-lebih mengenai hubungan ini, sebab masih terlalu awal.

"Ikutkan hati, saya memang tak mahu menjaja kisah cinta sebab saya tahu, kenal setahun pun belum tentu kekal. Saya juga tak nak bercerita sebab hubungan ini tak kukuh lagi dan takut tak kekal. Namun sebab dah terkantoi dengan wartawan, jadi saya kena juga bercerita supaya bila orang jumpa saya di mana-mana, mereka tahu itu kekasih saya. Apapun, nak buat macam mana, dah tak ada jodoh antara kami." Akur Fizo.

fizoomar-kekasih

Apabila ditanya apakah punca keretakan hubungan cintanya bersama gadis lepasan daripada Universiti Limkokwing itu, Fizo menjelaskan bahawa dia lebih selesa untuk tidak menyentuh mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu melukakan perasaan mana-mana pihak.

"Kalau boleh saya tak nak panjangkan isu ini kerana tak nak malukan atau menyakitkan hati sesiapa. Lagipun, kami dah kenal keluarga masing-masing, jadi kalau boleh saya tak nak mana-mana pihak tersinggung. Saya nak jaga hubungan baik kami dan tak nak bergaduh walaupun sudah putus.

"Apa yang boleh saya katakan, mungkin tidak ada keserasian antara kami atau mungkin masing-masing susah nak beri komitmen dengan perhubungan ini. Pendek cerita, memang tak ada jodoh antara kami dan mungkin dia layak dengan seorang yang lebih baik," ujar Fizo sambil nafi wujud pihak ketiga dalam perhubungan mereka.

"Perkara ini tidak ada kaitan dengan pihak ketiga. Kami berpisah dengan cara elok. Ada juga mengaitkan bekas kekasih saya sebelum ini sebagai punca. Saya minta agar jangan kaitkan doktor itu dalam kes ini sebab dia tak ada kena-mengena." Jelas Fizo lagi

Walaupun cintanya dengan gadis kelahiran negeri Kedah itu tidak kesampaian, namun dia menegaskan tidak akan serik untuk bercinta lagi malah meletakkan target akan menamatkan zaman bujang sebelum usianya menjangkau 30tahun.

OHARTIS: KEPADA PEMINAT-PEMINAT PEREMPUAN FIZO OMAR NI BOLEH LA CUBA TEST MARKET. FIZO SUDAH SOLO KEMBALI. HAHA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan