Nuffnang

Jumaat, 24 Mei 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Keputusan Final Copa Del Rey 2013 - Kafe <b>Que</b> vs Mamak Stall

Posted: 17 May 2013 04:33 PM PDT

 

Home » , , , , , , , , » Keputusan Final Copa Del Rey 2013 | Real Madrid Terima Nasib Sama Dengan Manchester City Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , , , ,

REAL MADRID 1-2 ATLETICO MADRID (AET)

Perlawanan derby yang penuh drama berakhir dengan pasukan Atletico Madrid menamatkan badi rekod tanpa kemenangan ke atas musuh setempat Real Madrid awal pagi tadi. Seperti dijangka perebutan piala terakhir bola sepak Sepanyol sememangnya sengit dan menyaksikan 14 kad kuning dan 2 kad merah dilayangkan pengadil.

Kedua pasukan mempamerkan corak permainan menarik dan terpaksa ditamatkan dalam masa tambahan setelah terikat 1-1. Bagaimanapun nasib lebih menyebelahi Atletico Madrid apabila 3 percubaan Real madrid terkena tiang dan penjaga gol Atletico menjadi wira pasukan meyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-14 sebelum penjaring terbanyak kejohanan Diego Costa menyamakan kedudukan pada minit ke-35. Dalam masa tambahan Miranda menambah tekanan Real Madrid dengan gol ke-2 Atletico pada minit ke-99. Ronaldo dilayangkan kad merah pada minit ke-114 dan pemain Atletico Gabi diarah keluar padang pada minit terakhir masa tambahan.

Tahniah Atletico Madrid. Bola sepak sememangnya permainan yang sukar diduga. Banyak kejutan boleh berlaku. 


Tips untuk peminat bola sepak di luar sana "Perlawanan kalah mati pasti memerlukan sedikit faktor nasib untuk bergelar juara"


Sedutan Perlawanan Akhir Copa Del Rey 2013 | Real Madrid vs Atletico Madrid

Like jika anda suka entri ini dan share dengan rakan anda ;) Tq

Entri berkaitan : analisis, atletico madrid, bola sepak, copa del rey, dailymotion, highlight, keputusan perlawanan, real madrid, sukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan