Nuffnang

Jumaat, 24 Mei 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Tolak Tawaran Berlakon Unsur Seksual

Posted: 04 Apr 2013 08:00 PM PDT

Pada: Jumaat, 5 April 2013 Aik adakah tindakan Remy Ishak kali ini mencerminkan yang dia sudah menginsafi mengenai cara berlakon yang betul. Gegeh. Tindakan menarik diri daripada teater M. Butterflu arahan Maslina Mustaffa dengan alasan mempunyai unsur berbaur seksual dan politik memetik portal Utusan semalam.

Bahkan pengunduran Remy itu bukanlah menamatkan spikulasi pelakon Melayu tidak berlakon dengan Maislina sebaliknya posisi Remy digantikan dengan Benjy, anak kepada Azean Irdawaty.

Baguslah kalau seperti itu Remy, memang kita orang Melayu lebih-lebih lagi Islam harus berlakon mengikut kesesuaian yang sepatutnya. Maslina merupakan aktivis ketika demo membantah perlaksanaan PTPTN tahun yang lalu. Pasal botak kepala yang tu Wallahualam.

Dan ini adalah mengenai maklumat teater berkenaan..

Drama inspirasi daripada opera Madama Butterfly Giacomo Puccini mengisahkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China.

Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

M. Butterfly juga pernah dipentaskan di Euqene O'Neill Theatre, New York, Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali oleh pengarah berlainan iaitu David Cronenberg, Jeremy Irons dan John Lone.

Teater M. Butterfly karya asal David Henry Hwang ini dijadualkan dipentaskan bermula 11 hingga 14 April ini di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.  

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan