Fizz Fairuz - Google Blog Search |
<b>Fizz Fairuz</b> Bagi Sebab Berlakon Atas Katil - Gua.com.my Posted: 01 May 2013 09:00 AM PDT Akhir-akhir ini, industri hiburan tempatan dihangatkan dengan isu babak ranjang yang menjadi sebahagian dari intipati perjalanan cerita sesebuah filem. Adegan panas Remy Ishak dan Diana Danielle dalam 'Sembunyi : Bisikan Azazil' serta aksi berahi Rusdi Ramli dan Nora Danish menerusi filem 'Mencari Cinta' antara yang menjadi buah mulut baik penggiat seni mahupun peminat filem tanahair. Terbaru, filem 'Bisikan Syaitan' terbitan Lightbulb Pictures dengan kerjasama Grand Brilliance turut mempertaruhkan aksi atas katil menerusi lakonan pelakon kontroversi, Fizz Fairuz bersama Nabila Huda dan Wan Sharmila. Sungguhpun babak yang ditampilkan tidak keterlaluan, Fizz turut diajukan soalan berkenaan keberaniannya membawakan watak sedemikian. Menganggap semua itu sebagai cabaran bergelar anak wayang, Fizz bersikap terbuka apabila diminta melakonkan adegan sebegitu. Selain mencabar dirinya membawakan watak yang pelbagai, adegan sebegitu memberi peluang kepada jejaka kelahiran Raub, Pahang ini mengasah mutu lakonannya. "Sebagai seorang pelakon, adalah penting untuk saya variasikan watak dalam setiap tawaran lakonan saya baik drama mahupun filem. Saya cabar diri saya untuk memberanikan diri melakonkan watak sedemikian. Perasaan segan itu memang ada tapi demi melunaskan tuntutan watak yang diberi, kita lakukan secara professional," ujar Fizz. Tambah Fizz lagi, babak yang dilakonkannya dalam filem ini adalah berdasarkan keselesaan pelakon lain untuk turut sama melakukannya. "Sebagai contoh, pada awalnya salah satu babak ranjangnya bersama Wan Sharmila tidak dipersetujui pelakon wanita tersebut. Namun setelah berbincang dengan pengarah, Wan Sharmila setuju dan saya tahu batasan saya dengan Wan Sharmila. Saya hormati dia dan kita lakukan yang paling bagus untuk dapatkan shot yang terbaik tanpa membuatkan dia rasa tak selesa. Selebihnya, saya serahkan pada krew produksi untuk bermain dengan teknik kamera dan sebagainya," jelas Fizz lagi. Berbeza dengan 'Bisikan Syaitan', Fizz yang diberi tawaran membawakan watak utama filem 'Mencari Cinta' versi drama menolak melakukan aksi berlebih-lebihan kerana menghormati stesen televisyen yang akan menayangkan drama 40 episod tersebut. "Drama ini akan ditayangkan sekitar Ogos nanti di RTM. Jadi, saya dah berbincang dengan pengarah untuk lakukan adegan yang ringkas sahaja untuk mengelakkan sebarang masalah timbul nanti. Alhamdulillah, kita berjaya siapkan babak tersebut tanpa menyelitkan sebarang replikasi babak yang sama dari versi filem," jelas Fizz yang akan bergandingan bersama Elly Mazlein dalam drama tersebut. Bagi anda yang ingin menyaksikan lakonan hebat Fizz sebagai Kamil dalam filem arahan Faizul A Rashid ini, 'Bisikan Syaitan' akan mula menghantui pawagam seluruh negara bermula esok, 2 Mei 2013. Apa lagi, jom serbu! |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan