Nuffnang

Sabtu, 25 Mei 2013

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


Tuduhan Mengambil Dadah Kanabis — <b>Saiful Apek</b> Diarah Bela Diri <b>...</b>

Posted: 22 May 2013 04:28 PM PDT

Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang mahkamah telah mengetepikan semua perintah yang dibuat oleh majistret sebelum ini kerana terlepas pandang akan kelompangan dalam kes pendakwaan.

Saiful Apek yang sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah kanabis ke dalam badan bersama tiga pekerjanya pada tahun lalu di'arah untuk kembali membela diri terhadap tuduhan itu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Majistret di sini pada 25 Jun 2012.

Abdul Alim dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Majistret terkhilaf ketika membuat keputusan terhadap Saiful Apek dan tiga rakannya sebelum ini & mengetepikan semua perintah yang keluar sebelum ini.

Mereka berempat didakwa menggambil dadah kanabis di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam 12 Jun 2010.

Dakwaan terhadap keempat-empat tertuduh dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Dadah: Mahkamah Perintahkan <b>Saiful Apek</b> Bela Diri

Posted: 22 May 2013 04:19 AM PDT

[Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya diperintah membela diri atas pertuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan tiga tahun lepas. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada Jun tahun lepas. Dalam penghakimannya, Abdul Alim berkata beliau cuba melihat kerompongan dalam kes pendakwaan namun semuanya mempunyai penjelasan. "Ujian air kencing keempat-empat tertuduh juga positif, jadi bagaimana mahkamah boleh katakan bahawa pegawai yang menjalankan ujian air kencing itu berbohong? "Manusia lakukan kesilapan, dan menghisap dadah pun satu kesilapan. Mahkamah mementingkan keadilan, jadi saya ketepikan semua perintah Majistret dan kesemua responden diperintah membela diri dalam kes ini di Mahkamah Majistret yang sama," katanya. Abdul Alim menetapkan hari Isnin depan untuk sebutan kes di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan juga membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin]. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan