Aliff Aziz - Google Blog Search |
Tanam Cincin Cara <b>Aliff Aziz</b> Lupakan Cinta Lama | Kaki Bising Dot <b>...</b> Posted: 19 May 2013 05:26 PM PDT Aliff Aziz PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengambil langkah melupakan kisah cinta silam dengan menanam dua bentuk cincin yang pernah menjadi tanda ikatan cintanya dengan bekas kekasih. Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 22, berkata, dia menanam cincin tersebut sebagai menghormati zaman percintaannya dengan bekas kekasih (yang enggan didedahkan namanya) dan ia juga sebagai cara bagi melupakan kenangan-kenangan manis bersama. "Saya seorang yang sangat menghargai setiap perhubungan yang dijalinkan dan tidak akan buang cincin dalam tong sampah seolah-olah hubungan itu langsung tidak bernilai. "Jadi saya ambil pendekatan menanam kedua-dua cincin tersebut bersama-sama dengan memori lama untuk memulakan hidup baru. "Sedikit sebanyak dengan cara ini ia dapat melegakan hati ini. Saya sifatkan kegagalan cinta lalu sebagai proses pelajaran untuk menjadi lelaki lebih sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online petang Ahad. Minggu lalu, Aliff telah memuat naik foto dua bentuk cincin yang mahu ditanamnya dengan kapsyen berbahasa Inggeris, 'Time to bury something that means nothing to me now. Moving on..R.I.P (Rest In Peace)' pada laman Instagram miliknya. Tambah Aliff, dia berharap foto yang dimuatkannya itu tidak memberi gambaran negatif kepada mana-mana pihak yang merasakan dirinya sengaja ingin mencari publisiti murahan, sebaliknya laman sosial itu merupakan tempat dia meluahkan perasaan hati, untuk berkongsi bersama peminat-peminat. Sementara itu, menerusi ruangan pojok yang dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Aliff dikatakan sekali lagi mempunyai masalah disiplin di lokasi penggambaran sehingga membuatkan produser menangis gara-gara kelakuan Aliff yang tidak menepati masa. Sehinggakan salah seorang kru produksi terpaksa mengetuk bilik Aliff berjam-jam dan hal itu membuatkan pelakon lain turut bengang dengan sikap Alif. Bagaimanapun, Aliff menyifatkan khabar angin yang mengatakan dirinya tidak berdisiplin sehingga membuatkan produser menangis adalah tidak masuk akal. "Saya mengaku pada kejadian itu, saya tidur berjam-jam kerana tidak sihat dan telah pun mendapat sijil sakit (MC) daripada doktor untuk berehat secukupnya. "Tetapi saya tidak sangka, apabila kru produksi sanggup masuk ke rumah saya dan cuba mahu membuka pintu bilik saya menggunakan kad, seperti pencuri pula dibuatnya. "Lebih pelik lagi, apabila pengurus saya menunjukkan surat MC, kru itu berkata, tiada istilah MC dalam bidang lakonan ini. Apakah maksudnya itu? Dan kenapa mahu menyebarkan cerita yang berlebih-lebihan kononnya sikap saya membuatkan produser menangis? Rasa macam tidak masuk akal," tegasnya. Aliff berkata lagi, dia pelik apabila dirinya sering menjadi sasaran kontroversi yang melibatkan kelakuannya itu sedangkan dia cukup berjaga-jaga dan profesional dalam bekerja. Incoming search terms: |
Pengembala Kambing Kerjaya Baru <b>Aliff Aziz</b> | buahmulut.com Posted: 23 May 2013 08:12 AM PDT Berpaksikan komedi aksi, saksikan lakonan terbaharu penyanyi dan juga pelakon remaja Aliff Aziz dalam sebuah siri TV penyiasatan menarik bertajuk "Sepai" terbitan syarikat NS Star Sdn Bhd milik pelakon dan juga penerbit, Darling Ngasri yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 25 Mei depan, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.00 malam menerusi saluran TV1. Menariknya drama bersiri ini menampilkan sisi berbeza Aliff Aziz sebagai pengembala kambing. Namun dalam masa sama dia menyimpan impian menjadi superhero. Karakternya pelantun lagu yang semakin mendapat tempat di hati peminat bertajuk Keajaiban Cinta duet dengan Adira ini bijak dan pada masa sama sangat lurus. Turut dibintangi Anne Ngasri, Bell Ngasri, Myza Aryqa, Azza Elite dan Rosli Rahman Adam, 13 episod mengisi slot Widuri ini berkongsi siri pengintipan yang berbentuk aksi komedi mengisahkan seorang pemuda, Asmaun @ Maun yang sentiasa bernasib malang di kampung dan berhijrah ke ibukota sekaligus bertukar menjadi seorang yang sangat terkenal dengan kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah. Maun yang pada asalnya hanyalah seorang gembala kambing kini berubah menjadi penyiasat terhandal. Namun pada hakikatnya,dia bukanlah penyiasat yang sebenar. Dia hanyalah seorang yang sentiasa bernasib baik dan semua yang berlaku adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Di tambah lagi dengan kehadiran Putat, penyiasat yg pernah gagal suatu ketika dulu kini bangkit untuk membuktikan dia masih lagi handal. Putat dan Maun menjadi rakan kongsi apabila secara tidak sengaja dipertemukan dalam satu kes yang melibatkan harta peninggalan keluarga Maun. Mereka menamakan kumpulan mereka dengan Sepai & Co. Permulaan cerita Rosnah, ibu tiri Maun sebenarnya telah mengupah Putat supaya menyiasat harta peninggalan arwah bapa Maun, Bahrin yang disembunyikan tanpa pengetahuan sesiapa. Rosnah telah dibantu oleh Jobot selaku kekasih gelap dan juga orang kanannya. Putat yang mengambil kes tersebut telah menyiasat di kampung dan secara kebetulan terjumpa Maun. Di situ Putat telah menawarkan pekerjaan buat Maun sebagai rakan kongsi Spy Bersepai nya tetapi Maun jual mahal. Sehinggalah tiba-tiba Maun dapat tahu berita kekasihnya Manisah telah diculik. Nak tak nak, Maun terpaksa bekerja sama dengan Putat. Sejak itu mereka mula menjadi rakan kongsi. Putat meneruskan kes siasatan Rosnah tanpa pengetahuan Maun. Dalam waktu yang sama, Putat tidak sedar yang gerak gerinya juga diperhatikan orang. Rupa-rupanya Rosnah telah mengupah penyiasat persendirian lain iaitu syarikat Agen Merpati Jingga terdiri daripada Mel dan Chika, dua penyiasat wanita kerana tidak percayakan Putat tambahan melihat kehadiran Maun yang semakin rapat dengannya. Chika mempunyai kelebihan atau pakar membuka pelbagai jenis kunci termasuk kunci air sementara Mel pula handal dari segi teknologi komputer sehingga boleh menggodam peti-peti email mahu pun peti surat rumah orang. Konflik dua kumpulan penyiasat ini berlaku apabila Merpati Jingga & Sepai sering bergaduh terutama berebutkan pelanggan dan kes. Masing-masing mahu menunjuk handal. Namun kes Rosnah telah memulihkan hubungan mereka. Merpati Jingga telah menghidu kejahatan Rosnah dan mereka mula berhenti dari berkhidmat untuk Rosnah. Lalu apakah kesudahannya? Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !! |
You are subscribed to email updates from Aliff Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan