Nuffnang

Selasa, 4 Jun 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Anugerah SKRIN 2012 (ASK) : <b>Rosyam Nor</b>? | Berita Semasa

Posted: 10 Nov 2012 09:57 AM PST

anugerah skrin 2012 ask

Isu Anugerah Skrin 2012 : Tidak perlu rasanya untuk kami kongsikan siapa yang menang, siapa yang kalah. Samada meriah atau tidak Anugerah Skrin 2012 pada malam tersebut? Seperti yang kami yang kongsikan DI SINI, bukan kerja kami untuk hebahkan perkembangan terkini dunia hiburan termasuklah gosip artis Malaysia.

Kami lebih berminat untuk melihat…..perubahan anjakan paradigma & & membincangkan yang boleh dirasakan patut dilakukan dalam dunia hiburan hari ini supaya tidak terus terbabas & tergelongsor. Termasuklah isu yang membabitkan Anugerah Skrin 2012 baru-baru……

Di mana dikatakan terdapat perlakuan lawak yang cuba dilakukan oleh Rosyam Nor yang dikatakan menyindir TV Al Hijrah. Sehinggakan ada sesetengah pihak berpendapat tindakan artis Malaysia seperti Rosyam Nor pada malam itu, tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh artis Malaysia yang bernama Rosyam Noor ini pada malam Anugerah Skrin 2012 TV3 yang telah mencetuskan kontroversi :

"Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh"

Sebelum ini pun pernah tercetus kontroversi berdasarkan laporan berita bertajuk "Artis Malaysia di Anugerah Skrin Berbogel"?".

Berdasarkan semakan kami pada laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, bagi kami tindakan Rosyam Nor di malam Anugerah Skrin 2012 TV3 hanya kenyataan beliau sendiri sekitar 6 tahun lepas jugalah yang mampu menjawab apa yang bermain difikiran & pendirian beliau sebenarnya…..

Sumber : Kenyataan Rosyam Nor di Utusan Malaysia

Baik artis Malaysia terutamanya ataupun sesiapa sahaja, bagi kami janganlah disebabkan mahu menghiburkan peminat & orang ramai mempermain-mainkan segala hukum-hakam. Apabila sudah tahu hukum-hakamnya, tidak perlulah mempersoalkan tuntutan agama, menegakkan apa yang dirasakan betul sehingga sanggup menghalalkan apa cara sekalipun atas alasan berlakon ataupun tuntutan kerja.

anugerah skrin 2012 ustaz azhar idrus

Anugerah Skrin 2012 : Bagaimana Artis Malaysia Yang Lain. Konsep Acaranya? Ok? 

Bagaimana dengan Zizan Razak? Ya…..Termasuklah tindakan Zizan Razak. Zizan Razak pun ada sebut mengenai batal air sembahyang tidak boleh pegang perempuan. Jujurnya hari ini, ramai sebenarnya yang menggunakan alasan/gurauan sebegini untuk melawak dengan harapan supaya ramai yang gelak ketawa mendengarnya, kononnya tidak boleh pegang tangan bukan muhrim ditakuti batal air sembahyang. Bukankah yang sebetulnya tidak boleh pegang disebabkan bukan muhrim. HARAM hukumnya bersentuhan sesama bukan muhrim.

Lagipun, kalau nak diceritakan soal wuduk ini & menyentuh bab batal air sembahyang, suami isteri yang berwuduk pun mengikut (mazhab imam Syafi'i) kalau bersentuhan jadi batal wuduknya & kena ambil wuduk semula. Kemudian sebut pula perkataan yang tidak senonoh seperti ________________. Perlukah cara sebegitu untuk melawak & menghiburkan hati orang ramai?

Peminat Tegar ________ : Apa ini Berita Semasa? Tidak sportinglah, semuanya tidak boleh. Ini tidak boleh, itu tidak boleh.

Owh…kami kena marah pula? Erm…..

Teringat kami satu bual bicara yang dihoskan juga Rosyam Nor, antara yang hadir ialah Fauziah Nawi, Ustaz Zawawi (antara ustaz pilihan Berita Semasa) dan Nazrey Raihan di TV1 yang bertajuk 'Hiburan…Jalan ke…?'. Dalam rancangan itu, Ustaz Zawawi ada beritahu & menjelaskan hiburan memang tiada salahnya tetapii jatuh haram jika ia bertentangan dengan syariat.

  1. Waktu itu, Rosyam Nor ada bertanya kepada Ustaz Zawawi bagaimana sekiranya ada 'part-part' pelukan dan sentuhan antara ibu dan anak yang dilakonkan oleh Rosyam dan Fauziah. Niat mereka baik untuk tunjukkan kepada penonton tentang pentingnya kasih sayang seorang ibu dan anak. Apa jawapan Ustaz Zawawi?
  2. Ustaz Zawawi menjawab, matlamat tidak menghalalkan cara sebab ia bertentangan dengan syariat kita. Walaupun hanya lakonan sebab kedua-dua mereka bukanlah mahram. Banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang ibu dan anak. Katanya lagi, di Iran juga membuat cerita mengisahkan kasih sayang ibu dan anak tapi tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon yang bukan mahram. Tapi tetap boleh berjaya merangkul anugerah. (Ulasan Berita Semasa : Benar kata Ustaz. (dalam laporan Berita Semasa yang bertajuk "Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?" ada kami senaraikan beberapa filem Iran yang sangat berjaya walaupun tanpa adegan bersetuhan bukan muhrim)
  3. Kemudian Fauziah Nawi tetap melenting lagi, dia ada mengatakan bagaimana nak sara keluarga sedangkan punca pendapatannya daripada hasil lakonan untuk tanggung adiknya belajar, buat kebajikan dan lain-lain lagi. Apa agaknya jawapan balasan daripada Ustaz Zawawi?
  4. Ustaz zawawi balas, yang dibincangkan sekarang adalah sumber rezeki itu datang daripada mana bukanlah dibelanjakan ke arah mana. Yang haram tetap haram.

Lihat bagaimana orang yang tinggi ilmu agamanya menjawab setiap persoalan daripada kalangan mereka yang masih perlukan bimbingan.

Sebenarnya, kalau nak sebut pasal permainkan hukum agama boleh dikatakan keseluruhan rancangan semalam itu "merapu" dan "meraban jauh terpesong" dengan pakaian artis Malaysia yang hadir yang dedah & terkoyak sana sini, bab sentuhan tangan, dukung artis __________ ini sesuka hati  dan lain-lain lagi.  Bukan setakat semasa Anugerah Skrin 2012 (ASK) TV3 sahaja, bahkan anugerah-anugerah yang lain sama sahaja.

P/S : Doakan sahaja moga-moga kalangan artis Malaysia diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk kembali ke pangkal jalan.


Tiada ulasan:

Catat Komen