Nuffnang

Selasa, 4 Jun 2013

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Zizan Razak Sedia Kahwin Tahun Depan, Dengan <b>Juliana Evans</b> <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 02:57 PM PDT

zizan razak juliana evans

Pelawak, Zizan Razak, 29, akui sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan ketika usianya mencecah 30 tahun.

Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak berkata, sudah tiba masanya dia memikirkan soal untuk berkahwin dan berkeluarga selepas melihat ramai rakan-rakannya yang telah mendirikan rumah tangga.

"Saya tahu di usia sekarang, sudah ramai rakan-rakan saya yang berkahwin dan mempunyai anak termasuk Nabil Raja Lawak yang baru menimang cahaya mata.

"Apabila melihat mereka dengan keluarga, rasa seronok dan teringin pula nak ada keluarga sendiri. Nabil pun saya lihat bahagia dah sekarang dengan cahaya pertamanya.

"Jadi rasanya, bila usia saya sudah mencecah 30 tahun nanti saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga," Pun begitu, Zizan Razak memberitahu dia masih belum mempunyai kekasih serta calon isteri untuk dikahwininya, sebaliknya berserah segala-galanya kepada jodoh.

"Terus-terang sekarang ini, saya masih lagi 'single' dan tidak mempunyai kekasih. Malah saya sedang mencari dan mengambil peluang untuk mengenali mana-mana wanita," jelasnya lagi.

Apabila ditanya, adakah dia masih mengharapkan cinta daripada Juliana Evans, Zizan menjawab dia hanya berserah kepada ketentuan yang maha Esa dan bukan hanya membuka hatinya pada wanita dikalangan artis.

"Saya dan Ju (Juliana Evans) masih lagi berkawan dan bertanya khabar. Cuma kami tidak serapat dulu. Saya hanya doakan dia semoga maju jaya.

"Saya bukan hendak mengejar kekasih dalam golongan artis kerana bagi saya artis itu adalah pekerjaan sahaja," luahnya lagi.

Zizan yang sedang menjalani penggambaran filem Abang Long Fadil arahan Shafiq Yusof itu bakal muncul dengan filem Bikers Kental, KL Gangster 2 dan Tokan pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan