Nuffnang

Selasa, 25 Jun 2013

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Along Cham</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2013 07:23 PM PDT


<b>Along Cham</b> Nafi Kongkong Zila, Mahu Duet Bersama - Gua.com.my

Posted: 30 Jan 2013 06:55 PM PST

Semasa tayangan filem 'Wawa Semput' baru-baru ini, GUA sempat bertemu dengan Along bagi mendapatkan berita terbaru diri dan isterinya untuk dikongsikan kepada pembaca GUA.

"Untuk tahun 2013, saya merancang untuk membuat single duet bersama isteri. Sekarang ini, kami tengah mencari material yang sesuai. Di zaman ini apabila mengeluarkan sebuah album yang dimuatkan dengan 10 lagu, ia melibatkan kos yang banyak. Sebab itu saya merasakan 'single' merupakan satu jalan alternatif bagi seorang penyanyi untuk terus berada di dalam industri ini," ujarnya panjang lebar.

Ditanya mengenai gosip yang mengatakan bahawa dia mengongkong Zila dalam meneruskan aktiviti kerjaya seninya, Along berkata, "Tiada istilah kongkong dalam kehidupan kami sekeluarga. Apa yang boleh saya kongsikan di sini ialah Zila tidak suka ada 'maid'.

"Dia lebih selesa membuat kerja harian dan menjaga anak sendiri. Zila ada sahaja memenuhi jemputan undangan menyanyi cuma jarang berada di kaca televisyen."

Turut ditanya jika mereka mempunyai perancangan menambah ahli keluarga, Along dengan terujanya berkongsi ia "masih dalam perancangan".

"Mungkin belum ada rezeki. Saya hanya mampu merancang dan berdoa supaya dikurniakan lagi cahaya mata selepas ini."

Kepada peminat-peminat Along, jangan lupa saksikan filem terbarunya 'Wawa Semput' terbitan MiG bersama-sama dengan pelakon lain, antaranya Angah Raja Lawak, Yana Samsudin dan Adiba Yunus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan