Nuffnang

Selasa, 25 Jun 2013

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


DariAmbe UntukDeme: <b>Wan Sharmila</b> Kongsi Rahsia Awet Muda

Posted: 23 May 2013 01:39 AM PDT

Bagi peminat seni hiburan tempatan pastinya wajah wanita kelahiran Johor Bahru ini sentiasa bermain di fikiran mereka.
Bukan sahaja memiliki wajah menarik dan senyuman manis, malah dia juga memiliki tubuh yang kecil molek sehingga ramai yang menyangka pelakon berusia 32 tahun ini masih remaja.
Menariknya, kerana perwatakannya itu juga, dia sering diberi peranan menjadi gadis sekolah dan remaja.
Pun begitu, bagi empunya nama Wan Sharmila Wan Mohamed ini, walaupun awet muda, dia sebenarnya seorang yang sentiasa menitik beratkan tentang penjagaan diri.
Akui pelakon yang popular menerusi drama Tari Tirana dan Nora Elena ini, dia tidak pernah mengabaikan penjagaan diri meskipun sibuk dengan tugasan sebagai pelakon dan rutin peribadi.
Jom kita kongsi gaya dan cara bintang Kisah Kaisara ini dalam memastikan dirinya sentiasa kekal sihat, cantik dan bertenaga.
Apakah pengertian cantik bagi anda?
Bagi saya cantik itu subjektif, ia datang dari dalam dan yang penting kita kena ikhlas. Apabila pembawaan diri kita baik, maka lahirlah sesuatu yang cantik dalam diri kita di mata orang lain.
Anda bertuah kerana dikurniakan tubuh yang kecil molek dan sentiasa nampak awet muda, apa yang anda lakukan untuk memastikan ia terpelihara?
Sebenarnya, saya tidaklah terlalu cerewet menjaga bentuk badan dan sebagainya, mungkin kerana badan saya sememangnya selesa begini, jadi ia senang hendak maintain. Namun, saya masih mengawal apa yang dimakan setiap hari.
Bagaimana cara pemakanan yang anda amalkan?
Biasanya, saya akan cuba mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Saya juga akan cuba memastikan pengambilan makanan berlemak, berminyak, yang manis dan masin dikurangkan. Tetapi ia bukan bererti saya menolak semua makanan dan yang paling penting, saya akan pastikan air mineral akan sentiasa ada dengan saya.
Adakah anda seorang yang gemar bersenam?
Kalau bab bersenam memang susah sangatlah saya hendak buat, tetapi saya akan cuba melakukannya jika berkesempatan. Lagipun, jadual kerja yang padat membatasi saya melakukan semua itu.
Boleh kongsi cara anda menjaga wajah dan produk apa anda gunakan?
Wajah saya tidak mempunyai sebarang masalah, namun saya akan pastikan selepas habis shooting, saya akan mencuci solekan sebersihnya. Paling penting saya akan mencuci wajah sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Manakala produk pilihan saya pula adalah SK11, saya telah menggunakannya sejak tahun 2009 lagi.
Apakah anda turut melakukan facial?
Oh, tidak, emak saya menegah melakukan facial kerana dia bimbang ia akan mendatangkan kesan dan masalah kepada kulit wajah saya nanti.
Untuk rambut pula bagaimana?
Rambut saya dah sebati kena spray, jadi hendak tidak hendak saya kena rajin mencucinya, apa pun, jika ada masa saya akan buat rawatan di salun juga.
Aktiviti anda di masa lapang?
Bila rasa hendak menenangkan diri, saya akan ke spa, buat urutan, hias kuku dan manjakan diri. Tetapi, jika ada cuti panjang, saya akan bercuti luar dari Kuala Lumpur.
Sedikit mengenai perkembangan terbaru anda?
Sekarang saya tengah sibuk dengan penggambaran beberapa telemovie termasuklah Naluri Seorang Ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan