Nuffnang

Selasa, 25 Jun 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> &#39;Pening&#39; Kes Berlarutan | buahmulut.com

Posted: 03 Jun 2013 10:23 PM PDT

Hampir setahun kes tuntutan penceraian melibatkan pelakon, Rita Rudaini dan juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan sudah berjalan namun ianya masih berlarutan sehingga kini.


Rita Rudaini

Kenyataan balas kedua belah pihak berkaitan kes ini juga menimbulkan banyak kekeliruan buat mereka yang mengikuti perkembangan ini sejak dari awal lagi. Rita Rudaini yang kami temui sewaktu sambutan ulang tahun Mustika HD baru baru ini juga turut 'pening' dengan situasi yang menimpa dirinya berkenaan kes ini, namun tetap tabah menghadapinya.

"Saya tahu mereka yang mengikuti perkembangan kes saya ni pun pening, saya pun sama juga. Tapi saya ikut je rentak dia (Aidil), apa dia buat saya ikut. Saya akan pertahan dan lawan apa yang saya rasa betul bagi pihak saya"

"Saya tak kisah kalau kes ini akan berlarutan 10 tahun lagi pun saya tetap akan perjuangkanya sebab saya nak buktikan pada masyarakat di luar sana yang saya ni berada dipihak yang benar dan tidak bersalah dalam hal ini"


Rita Rudaini

Ujar Rita lagi kes yang sudah berlarutan ini nyata sudah merugikan masa yang berharga dalam hidupnya dan tidak mahu terlalu memikirkanya lagi. Apa yang penting pada masa ini jelasnya lagi ialah untuk membesarkan anaknya dalam suasana yang sihat.

"Lagipun kalau saya asyik memikirkan masalah ini saja nanti anak saya bermasalah pula, sebab tu kenapa saya sekarang fokus lebih dekat anak dan diri saya sendiri" Tegas Rita Rudaini.

p/s : Lagi gambar terkini Rita Rudaini [Lihat Gambar]

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan