Nuffnang

Khamis, 13 Jun 2013

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Diana Danielle Dijangka Bersalin 15 Julai 2013 – <b>Farid Kamil</b> |

Posted: 10 Jun 2013 12:09 AM PDT


Akhirnya Farid Kamil memberikan reaksi berhubung khabar yang isterinya Diana Danielle telah bersalin penghujung Mei lepas.

Melalui media Keek MIG Online, Farid Kamil berkata Diana sedang berada dalam fasa matang kehamilan dan dijangka bersalin 15 Julai ini dalam satu rakaman video pendek:

Kenyataan beliau ini sekaligus sebagai penafian dakwaan dalam ruangan pojok Kosmo! yang mengatakan Diana telah bersalin seorang bayi lelaki penghujung Mei lepas di sebuah hospital di Australia.

Menurut Farid Kamil:

…menjalani proses matang kandungan untuk selamat berada di sana. Juga dijangka lahir pada bulan tujuh, In Shaa Allah, 15 hari bulan. Jadi kita sama-sama doakanlah. Saya pun masih berada di Malaysia lagi, akan meneruskan kerja saya. Terima kasih atas doa-doa dan sokongan yang telah diberikan kepada saya–in advance.

Diharap dengan kenyataan Farid ini jelaslah semuanya ya. Kita tunggu saja perkembangannya nanti, semoga dipermudahkan.

Baca Yang Ini Pulak:-


Luahan Hati <b>Farid Kamil</b> – Dia Lain Sangat Dari Mertua Yang Lain |

Posted: 11 Jun 2013 12:26 AM PDT


Sebenarnya sukar untuk ditelah apa yang sedang bermain di fikiran Farid Kamil waktu ini. beberapa minit lepas, Farid telah menulis di Twitter mengenai ibu mertuanya yang disifatkannya 'lain dari mertua yang lain'.

Dan pastinya tweets Farid itu menimbulkan beberapa tanda tanya. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu jiwa Farid sehingga beliau menulis tweets sedemikian? Bagaimana pun, pada pendapat kami, dalam keadaan Diana Danielle yang dikhabarkan sarat mengandung, mungkin Farid patut menyimpan dulu pendapat peribadinya tanpa dikongsikan pada orang ramai.

Ahad lepas Farid telah memuat naik gambar bayi ke instagram dengan kapsyen 'my boy' sehingga menimbulkan spekulasi yang bayi itu adalah anaknya yang dikatakan telah lahir, sedangkan bayi itu sebenarnya anak kepada adik Farid yang baru bersalin.

Nasihat kami, dalam keadaan begini, jauhi dari media sosial. Apa pendapat anda?

Baca Yang Ini Pulak:-


1 ulasan:

  1. Saya menemukan blog Anda menggunakan Google. Posting yang indah dan informatif! Saya harus mengatakan Anda telah memilih sesuatu yang luar biasa untuk dituliskan.

    Catering Jakarta
    Catering Jakarta Barat
    Catering Jakarta Selatan

    BalasPadam