Liyana Jasmay - Google Blog Search |
- Sekarang Saya Kena Jaga Hati Suami – <b>Liyana Jasmay</b> |
- BERITA ARTIS - <b>Liyana Jasmay</b> Utamakan Suami - Gua.com.my
- Lirik Jujur - <b>Liyana Jasmay</b> | 1 Lirik Lagu.com
Sekarang Saya Kena Jaga Hati Suami – <b>Liyana Jasmay</b> | Posted: 31 May 2013 01:01 AM PDT Abang Nara suka betul dengan pelakon-pelakon wanita yang berubah ke arah kebaikan selepas berkahwin. Ini bermakna mereka menghormati maruah dan berusaha untuk menjaga air muka si suami. Salah seorang daripada mereka ialah Liyana Jasmay yang telah mendirikan rumahtangganya awal tahun ini. Liyana Jasmay bakal menjalani penggambaran filem Sindiket arah Bade di mana ada babak yang wataknya dirogol dan memakai pakaian seksi. Apa yang membuatkan Abang Nara bertambah respek kepada Liyana Jasmay ialah kerisauannya mengenai babak tersebut sehingga dia terus meminta penjelasan daripada Bade. Kata Liyana Jasmay:-
Kerisauan sebeginilah yang kita inginkan di dalam diri seorang isteri. Fikirkan suami di dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan walaupun sekadar lakonan. Mana tahu selepas ini Liyana Jasmay akan lebih banyak berubah ke arah kebaikan. Yang penting, permulaan itu sudah ada. Tak gitu? Info asal MalaysianDigest. P.S: Adakah ini Toyota Corolla Altis generasi baru? Baca Yang Ini Pulak:- |
BERITA ARTIS - <b>Liyana Jasmay</b> Utamakan Suami - Gua.com.my Posted: 31 May 2013 01:24 AM PDT Selepas melangsungkan perkahwinan pada Februari lalu, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 25, bagaikan menyepi dari dunia hiburan. Selain susah melihat kelibatnya di kaca televisyen, isteri kepada Fathuddin Mazlan, 29, ini juga jarang dilihat di acara-acara hiburan. Kesempatan bertemu Liyana di majlis pelancaran filem 'Sindiket' pada Khamis, memberi peluang kepada pihak media bertanyakan tentang kehidupannya bergelar seorang isteri. Liyana memberitahu selepas berkahwin, dia amat mementingkan pendapat dan perasaan suaminya. Suami adalah keutamaannya. "Saya juga banyak belajar membuat kerja rumah yang dahulunya dilakukan oleh pembantu rumah. Namun, proses pembelajaran ini mematangkan dan juga membuka dimensi baru dalam kehidupan saya. Bagi saya perkahwinan diibaratkan seperti kerja yang mana kita harus memastikannya berjaya," ujar Liyana. Dia turut menambah yang dia akan bercuti sepanjang bulan Ramadan ini bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Liyana juga melahirkan rasa terujanya untuk menyambut bulan yang mulia tersebut bersama suami kerana buat pertama kalinya mereka akan berpuasa, bersahur dan berbuka bersama. Menyentuh tentang pembabitannya dalam filem 'Sindiket', pelakon kecil molek ini mengakui dirinya membesar dengan filem-filem arahan Bade Haji Azmi. Malah, tidak dinafikan pengarah berbakat itu banyak mengajar selok belok bidang perfileman kepadanya. Filem terakhir lakonan Liyana di bawah arahan Bade adalah sebuah filem berbajet rendah iaitu 'Isyarat Cinta'. Jelas Liyana, dia begitu teruja ketika diberikan tawaran berlakon untuk filem 'Sindiket' yang bakal memaparkan sentuhan khas Bade untuk filem aksi. "Saya telah lama teringin berlakon filem yang mempertaruhkan isu pemerdagangan manusia. Ketika ditawarkan untuk berlakon filem ini, saya terus bersetuju dengan tawaran Uncle (Bade). Saya juga telah mengenali Uncle kerana telah berlakon dengannya sejak berumur 16 tahun lagi," ujar Liyana dalam nada teruja. Dalam masa yang sama, Liyana turut memuji karisma yang ada pada Bade kerana mampu mewujudkan susunan permulaan, klimaks dan pengakhiran melalui penulisan skrip. Bade juga turut menghormati permintaan Liyana untuk tidak terlalu bersentuhan dan melakukan aksi-aksi agak 'daring' setelah memegang status sebagai seorang isteri. |
Lirik Jujur - <b>Liyana Jasmay</b> | 1 Lirik Lagu.com Posted: 28 Mar 2013 12:37 PM PDT Jujur Jujur Jujur Ulang Chorus Sumpah demi bulan Ulang Chorus 2X Sumpah demi bulan Related posts: |
You are subscribed to email updates from Liyana Jasmay - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Saya mengagumi pekerjaan luar biasa Anda dan saya menyadari begitu banyak pengetahuan ekstra di sini. Saya banyak belajar dari situs Anda. Terima kasih banyak untuk menulis posting yang bagus ini.
BalasPadam