Nuffnang

Khamis, 13 Jun 2013

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


"Saya Bukan Berbogel" - <b>Izreen Azminda</b> - Gua.com.my

Posted: 12 Jun 2013 02:02 AM PDT

"Setakat ini tiada masalah sebab bukan Izreen berbogel pun," ujar pelakon yang popular menerusi drama 'Juvana', Izreen Azminda ketika diminta mengulas mengenai aksi beraninya berkemban dalam filem terbaru adaptasi daripada novel terlaris terbitan Buku Fixi berjudul, 'Pecah'.

"Benda ini tak perlu jadi isu serta diperbesar-besarkan. Ini kerana bukan seluruh badan pun yang diambil. Izreen tahu orang akan mengata tapi Izreen anggap benda ini sebagai lumrah. Bagi Izreen, buat benda sikit pun kita akan dikecam," ujarnya ketika ditemui sejurus selesai majlis tayangan media filem tersebut di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara, malam Selasa.

Ditanya tentang bagaimanakah reaksi serta penerimaan suaminya apabila mengetahui mengenai penampilan berani Izreen dalam filem ini, pelakon ini memberitahu suaminya masih belum lagi menonton filem tersebut.

"Dia belum tengok lagi filem ini dan saya pun tak tahu dia akan komen apa nanti. Harap-harap positif sebab benda ini dibuat sebelum kami berkahwin. Mula-mula memang agak kekok, tapi saya buat juga sebab ia tidak terlalu mendedah. Apapun, jika ditawarkan lagi aksi-aksi seperti ini selepas ini, saya tidak akan buat lagi kerana saya perlu lebih sensitif sebagai seorang isteri dan juga ibu," ujar Izreen.

Menyentuh mengenai wataknya dalam filem terbitan Lightbulb Pictures dan edaran Grand Brilliance itu, Izreen memberitahu dia agak kekok pada mulanya kerana perlu berlakon di kelilingi pelakon yang majoritinya lelaki. Izreen juga memberitahu, dia perlu bermain dengan banyak emosi dalam filem arahan Asrulhisyam Ahmad atau Black ini.

"Ini filem kedua saya selepas filem komedi 'Otai'. Pada permulaan saya agak kekok sebab perlu menjadi satu-satunya pelakon tunggal wanita dalam filem yang banyak dikuasai barisan pelakon lelaki. Namun, lama-kelamaan tiada masalah kerana mereka semua sangat membantu.

Dalam filem ini, Izreen membawa watak sebagai Lidya, seorang jururawat di rumah orang tua. Jika sebelum ini Izreen selalu membawa watak antagonis, namun dalam filem ini watak Izreen seorang yang baik hati. Lidya mempunyai agenda tersendiri di penghujung cerita dan Izreen perlu banyak bermain dengan emosi dalam filem ini, " ujar Izreen lagi

Selain Izreen, 'Pecah' turut dibintangi oleh Tony Eusoff, Sofi Jikan, Fizz Fairuz, Buzen Hashim, Along Eyzendy, Ako Mustafa, Watie Sadali, Zain Hamid, Miera Liyana dan ramai lagi. Filem bergenre aksi ini akan menemui penonton di pawagam bermula 13 Jun 2012.

(GAMBAR) Adegan <b>Izreen Azminda</b> Berkemban Dikutuk | mediasiber

Posted: 13 Jun 2013 06:20 AM PDT


(GAMBAR & Video) Adegan Izreen Azminda Berkemban Dikutuk | Adegan tersebut mencetuskan kontroversi apabila Izreen dikatakan berada dalam keadaan separuh bogel. Apapun, Izreen menapis dakwaan peminat bahawa dia hanya berkemban menggunakan tuala merah dan bukannya berbogel. Izreen juga berharap agar isu ini tidak diperbesarkan memandangkan aksi dalam filem tersebut bukanlah keterlaluan untuk tontonan umum.
Penggambaran filem ni dijalankan sebelum saya berkahwin. Bagi saya, ia tidak ada masalah besar dan saya tak rasa ia akan menimbul apa-apa isu. Lagipun ia paras dada. Saya bukan bogel" Kata Izreen. Namun akui Izreen, pada mulanya dia berasa agak kekok ketika mahu melakukan adegan itu. Tetapi selepas merasakan ianya tidak keterlaluan, dia cuba memberikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak pengarah serta jalan cerita filem berkenaan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan