Liyana Jasmay - Google Blog Search |
<b>Liyana Jasmay</b> Belajar Tolak Ansur Selepas Jadi Isteri – Perak Today Posted: 31 May 2013 11:40 PM PDT Pelakon Liyana Jasmay mengakui masih lagi belajar menguruskan rumah tangga dan melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri sejak empat bulan mendirikan rumah tangga. Liyana, 25, berkata, dia turut belajar bertolak ansur dalam segala hal dan menguruskan keluarga sendiri tanpa menggunakan khidmat pembantu rumah . "Alhamdulillah, setelah empat bulan banyak pengalaman baru yang saya dapat, paling besar ialah saya perlu mengambil kira pendapat suami terlebih dahulu sebelum buat sesuatu. "Dulu sebelum kahwin saya sukar terima pendapat orang, senang kata lebih banyak pentingkan diri sendiri. "Selain itu, semua kerja rumah saya buat sendiri sekarang, kalau dulu semua pembantu rumah yang buat tapi tidak susah mana pun. Saya belajar sedikit demi sedikit," katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Sindiket, di sini, Khamis. Pasangan Liyana dan Fathuddin Mazlan, 29, mendirikan rumah tangga pada 2 Februari lalu. Tambah Liyana, dia tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadan dan berpuasa bersama suami. "Ramadan ini merupakan pertama kali kami berpuasa bersama. Jadi saya tidak ambil mana-mana tawaran berlakon. "Sebulan Ramadan itu saya rancang untuk masak, berbuka dan sahur bersama. Saya cakap pada ibu, selalunya saya bangun untuk makan saja tapi sekarang saya kena masak pula," ujarnya. Dia juga bersyukur kerana suaminya seorang yang memahami dan turut belajar menjalani kehidupan berumah tangga bersama-sama. Sementara itu, Liyana turut membintangi filem Sindiket arahan Bade Haji Azmi yang bakal memulakan penggambaran pada 6 Jun ini. Liyana yang memegang watak Noreen pada awalnya bimbang dengan babak rogol dan berpakaian seksi memandangkan dia sudah berstatus isteri. "Saya dari dulu memang tidak mahu watak rogol, tapi abang Bade sudah beri penjelasan bagaimana ia akan dilakukan dengan tidak menyentuh saya. "Bukan apa, saya perlu jaga hati suami juga, sementara pakai seksi itu pun tidak boleh keterlaluan," katanya. Liyana yang kini menetap di Sabah bersama suami mengakui peluang melakukan penggambaran filem di sana memberi kelebihan kepadanya tanpa perlu berulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur. -mStar |
You are subscribed to email updates from Liyana Jasmay - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan