Pelakon cantik, Rajah Farah atau nama sebenar Raja Farah Binti Raja Aziz, 25, mengaku sangat gembira berniaga tudung dan kedai Snogurt di Metropint Complex, Kajang. Akan tetapi,Raja Farah menafikan khabar bahawa dia akan meninggalkan dunia lakonan.
Banyak syarat perlu dipertimbangkan dengan status sudah bergelar isteri. Apa saya lakukan wajib ada persetujuan dari suami dan disebabkan itu saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.Suami lebih mengalakkan Farah berniaga, pada mulanya Farah ingin juga berlakon selepas mendirikan rumah tangga tetapi bila melihat situasi dan memikirkan suami Farah jadi serba salah dan baru tahu mengapa suami tidak galakkan Fara untuk terus dengan bidang lakonan."
Kesibukan mengurus perniagaan antara faktor lain dia terpaksa menolak tawaran berlakon."Farah buat masa ini tengah seronok berniaga. Biarlah fokus dengan perniagaan ini dahulu,Raja Farah bakal menjadi pengacaran bagi salah sebuah rancangan 'Travel log' yang akan disiarkan Astro Oasis untuk musim ke 9 dan 10 bersama Aktal Sahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan