Nuffnang

Jumaat, 26 Julai 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> mahu &#39;gam&#39; media? – Perak Today

Posted: 08 Jul 2013 07:03 PM PDT

alyah (1)RUPA-RUPANYA cerita mengenai Alyah menunggu pinangan kekasihnya minggu lepas telah menimbulkan suasana panas. Panas yang berdegar-degar, bagaikan lahar gunung berapi. Khabarnya Alyah telah menyalahkan media seratus-peratus tentang artikel yang berjudul 'Alyah Tunggu Pinangan Ramli MS' yang kami siarkan itu.

Gara-gara penyiaran artikel tersebut, Utusan Malaysia diugut untuk di'gam' oleh pihak pengurusan Alyah. Maknanya, akhbar Utusan tidak boleh lagi menulis cerita tentang penyanyi 'hebat' itu selepas ini. Arahan ini terbit daripada mulut pengurus Alyah sendiri kepada wartawan kami, Khamis lalu.

Ini yang membuatkan kami di Hits sangat pelik. Sebabnya, semasa memberi kenyataannya kepada media, Alyah dengan cukup yakin memberi kenyataan, sekaligus tidak menafikan hubungannya dengan komposer tersohor itu.

Katanya juga, dia senang sekali dengan hubungan itu dan sedia menunggu untuk dipinang. Alyah siap kata juga, selepas ayahnya meninggal dunia, tidak ada lelaki yang segarang ayahnya, kecuali Ramli MS. Itu adalah ciri-ciri yang membuatkan Ramli MS istimewa di hatinya.

Apabila kenyataan itu disiarkan, pihak pengurusan Alyah sudah 'mengamuk' sakan dan mencerca media di laman sosial, kononnya tersilap tulis. Kami diberitahu juga, pelbagai kata-kata tidak manis telah dikeluarkan oleh si pengurus, yang sekaligus pada kami memperlihatkan sisi sebenar siapa penyanyi itu sendiri. Apa yang dibuat pengurus, tentulah ada kaitan dengan artis itu sendiri, kan? Walaupun kata-kata kesat itu sudah dihapuskan di laman sosial mereka beberapa hari kemudian, ia tetap memberi kesan sebenarnya.

Ini termasuk juga Ramli yang secara tidak langsung 'membidas' media dengan bahasa yang bukan sebarangan orang boleh gunakan. Untuk Ramli, kami boleh maafkan lagi sebab dia tak tahu pun apa perbualan yang berlaku antara kami dengan Alyah. Mungkin Ramli hanya dengar cakap Alyah semata-mata dan turut menyalahkan media.

Untuk Alyah, macam kelakar pula. Selepas buat kenyataan berani, kami siarkan, kemudian disalahkan media pula, kononnya dia tak pernah menyebut langsung nama Ramli MS dalam temu bual. Apa hal ni? Janganlah hari ini cakap lain, esok cakap lain, pening orang nak layan tau.

Dan kami juga kasihan terhadap Alyah kerana diuruskan oleh insan yang memberi masalah kepada hidupnya. Pengurus artis tak perlulah nak ugut-ugut media. Silap-silap makan diri sendiri, selepas ugutan dibuat. Kalau ada masalah, uruskan dengan baik, bukannya mengugut tak tentu hala. Itu pun kalau hendak lama dalam industri lah ya.

Bagi kami di meja Hits jika benar Alyah tidak mahu akhbar kami menghampirinya lagi selepas ini, ia bukan suatu masalah besar. Kami sangat menghormati pendirian manusia lain. Tuan badan yang pilih, kita mestilah hormat. Lagipun, banyak lagi artis muda dan kurang 'propa' yang perlu kami beri perhatian.

- UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan