Nuffnang

Jumaat, 26 Julai 2013

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


Nora Danish Akan Beraya Bersama <b>Fasha Sandha</b> Di Rumah <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 10:05 PM PDT


Respek!!! Ternyata tiada lagi keruh di dalam hubungan Nora Danish dan Fasha Sandha apabila Nora mengesahkan yang mereka akan beraya bersama-sama kelak. Tak sabar rasanya untuk melihat gambar mereka berdua bermaaf-maafan di pagi raya. Pasti klasik!!!

nora danish

Abang Nara perasan yang hubungan mereka semakin rapat semenjak Fasha melahirkan anaknya, Rayfal. Memang betullah orang kata anak ini penghubung kasih sayang. Kata Nora Danish kepada portal GUA:-

Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak.

Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama. Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana

nora danish

Lagi satu perkara yang Abang Nara respek megenai Nora Danish ialah keupayaannya menjaga hubungan antara dirinya dan bekas mertua. Bukan semua wanita mampu berbuat demikian. Hanya mereka yang benar-benar tabah dan cekal sahaja akan berjaya. Apa pun, buat Nora dan Fasha, jangan lupa kongsikan gambar anda bersalaman di pagi raya kelak.

P.S: Mazda3 2014 bermula dengan harga $16,945 di US

Baca Yang Ini Pulak:-


"Mungkin Saya Akan Beraya Bersama <b>Fasha Sandha</b>" - Nora <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 10:28 PM PDT

ohartis-fasha-sandha-nora-danish-2

Setiap kali Syawal menjelma, pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan pulang ke kampung halaman untuk meraikannya bersama sanak-saudara. Tahun ini pelakon jelita yang juga merupakan duta Anugerah Syawal TV3, Nora Danish akan pulang beraya di rumah bekas mertuanya di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

"Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak. Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama. Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana," cerita Nora.

Bercerita mengenai Ramadan tahun ini, Nora banyak menghabiskan masa membuat kerja-kerja kebajikan seperti berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dan bertarawikh bersama-sama keluarganya.

"Pada bulan puasa tahun ini, saya tidak banyak menjalani penggambaran. Saya banyak berehat dan meluangkan masa untuk anak dan keluarga. Selain itu, saya juga banyak menghadiri aktiviti-aktiviti kebajikan seperti berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan juga memenuhi aktiviti-aktiviti yang telah TV3 sediakan untuk saya kerana pada tahun ini saya cukup bertuah dan bersyukur kerana telah dipilih untuk menjadi duta Anugerah Syawal TV3. Sekiranya tidak ada apa-apa aktiviti di luar saya hanya meluangkan masa bersama anak di rumah dan sama-sama mengejarkan solat Tarawikh," ujarnya mengakhiri perbualan.

ohartis-nora-danish-fasha-sandha

OHARTIS: ALHAMDULILLAH, TIADA LAGI SENKETA TAPI HANYA BAHAGIA BUAT MEREKA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan