Nuffnang

Jumaat, 26 Julai 2013

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


<b>Ning Baizura</b> Jumpa Gelandangan Sebelum Balik UK - Murai.com.my

Posted: 19 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2013: Cuba lari daripada kebiasaan, penyanyi popular Ning Baizura nampaknya memilih untuk menyediakan 300 bungkus nasi bungkus kepada golongan gelandangan pada awal pagi esok bagi membantu golongan kurang bernasib baik berkenaan.

Langkah murni itu diambil sebelum dia bersama keluarga tercinta terbang ke United Kingdom (UK) pada 25 Julai ini bagi menghabiskan cuti musim panas di sana, selain memperkenalkan cahaya mata pertamanya, Ryn Sky Dalton kepada keluarga suaminya.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi, Ning berkata usaha menjamu 300 gelandangan itu merupakan salah satu aktiviti bersama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) menerusi program Ziarah Sahur yang akan menjelajah ke beberapa lokasi khusus di seluruh ibu kota.

"Ini adalah pertama kali saya membabitkan aktiviti seperti ini. Kalau selalu di bulan Ramadhan kita membantu anak-anak yatim atau ibu tunggal, tapi kali ini saya menjelajah dari sudut berbeza iaitu dengan memberi makanan kepada golongan gelandangan.

"Saya akan menyediakan 300 nasi bungkus kepada mereka dan turut sama turun padang iaitu pihak JKKN ke beberapa lokasi seperti Chow Kit, Masjid Jamek dan beberapa kawasan lagi untuk menyerahkan sendiri makanan itu kepada mereka.

"Rasanya program ini bukan saja bagus diadakan pada bulan Ramadhan, malahan juga boleh dijadikan aktiviti bulanan terutama kepada golongan selebriti yang ingin membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata Ning Baizura yang sangat teruja.

Jelas Ning Baizura, peluang itu akan digunakannya sebaik mungkin untuk mendekati golongan gelandangan selain mahu melihat kepayahan hidup mereka di ibu negara yang kebanyakannya datang dari pelbagai ceruk tempat dan tidak berumah.

Kata penyanyi Awan Terpilu itu, pembabitannya kali ini menjadi lebih menyeronokan apabila suami tercinta, Chris Dalton akan turun padang menemaninya bertemu dengan golongan gelandangan berkenaan.

Bercerita mengenai pemergiannya ke UK pada 25 Julai ini, Ning Baizura berkata dia sangat teruja untuk memperkenalkan bayi sulungnya itu kepada keluarga suaminya yang kebetulan sedang bercuti menikmati musim panas di sana.

"Inilah detik yang dinanti-nantikan saya dan suami,. Kerana inilah kali pertama saya akan memperkenalkan Ryan kepada dua kakak tirinya dan adik beradik suami saya, di mana kami akan berkumpul di sebuah lokasi yang diberi nama Centre Park.

"Ianya sebuah kawasan di dalam hutan, tetapi di dalamnya ada taman tema dan tempat menginap yang sangat sesuai diisi seisi keluarga sepanjang musim panas," kata Ning yang akan turut membawa ibunya bersama ke sana.

Pertama kali membawa bayi sulungnya itu mengembara, jelas Ning dia telah membuat pelbagai persiapan rapi untuk keselesaan anaknya dan mereka sekeluarga.

Malah kata Ning, kali ini dia lebih memberi tumpuan kepada keperluan Ryan berbanding dirinya sendiri terutama dalam soal kesihatan, pakaian dan makanan bayi berkenaan supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika berada di sana.

"Saya pula yang rasa kalut dan cemas. Sebab kali ini berbeza kerana kami bersama-sama bayi kecil. Jadi pelbagai ragam dan keperluan perlu diambil kira dari soal penerbangan, perubatan, sehingga bila kami sampai ke sana nanti.

"Tapi apa yang pasti, saya percaya Ryan akan gembira bertemu kakak-kakanya dan keluarga suami saya di sana nanti," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan