Dayang Nurfaizah - Google Blog Search |
<b>Dayang Nurfaizah</b> Inginkan Anak, Serah Jodoh Pada Takdir <b>...</b> Posted: 11 Jul 2013 05:34 PM PDT Penyanyi pop RnB Malaysia, Dayang Nurfaizah ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Hotel Prince Kuala Lumpur, telah memberitahu dia menginginkan seorang anak memandangkan usianya kini telah memasuki 32 tahun. "Sebenarnya bila melihat kanak-kanak ini hati saya tersentuh dan kerana itulah saya juga teringin untuk mempunyai seorang anak. Tetapi saya juga tidak nafikan bahawa memelihara dan menjaga seorang anak bukanlah tugas mudah kerana seseorang itu perlu lah bersedia dari segi mental dan fizikal kerana memikul tugas sebagai seorang ibu memerlukan komitmen yang tinggi," katanya. Apabila mempersoalkan mengenai teman atau kekasih hati, Dayang masih lagi memberikan jawapan yang sama apabila dia ternyata masih tidak mempunyai kekasih hati meskipun usianya kini sudah mencecah 30 an. Malah dia sendiri sudah lali apabila diajukan soalan ini kepadanya. "Saya tidak tahu lagi apa yang hendak diperkatakan apabila soalan ini sering diajukan kepada diri saya. Jawapannya mudah, saya masih bersendirian dengan erti kata lain saya masih bujang dan tidak mempunyai mana-mana kekasih. Saya akui di usia sebegini sudah semestinya saya mempunyai teman lelaki, tetapi apa yang saya boleh buat, jodoh saya masih belum ada. Saya hanya boleh berdoa dan menyerahkan takdir saya pada Illahi," ujarnya. Dayang yang mengakui sifatnya yang agak pemalu sejak dari kecil membuatkan dirinya sukar untuk bersosial dan mengenali dengan mana-mana lelaki sehingga kini. "Saya agak pemalu, dan disebabkan itulah saya masih belum mempunyai teman lelaki atau pun mana-mana kawan lelaki. Sejujurnya sejak dari sekolah lagi saya begini, tidak mempunyai kawan lelaki dan tidak mempunyai teman yang rapat. Tetapi apabila seseorang itu sudah mengenali saya, mereka akan memberikan tanggapan yang berlainan kerana saya sebenarnya mudah mesra dan tidak sombong seperti apa yang diperkatakan oleh orang selama ini," ujarnya mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from Dayang Nurfaizah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan