Nuffnang

Khamis, 18 Julai 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Tak Kisah Tak Tercalon Kategori TV - Murai.com.my

Posted: 15 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2013: Pelakon komedi popular, Zizan Razak akur dengan keputusan pihak juri Anugerah Lawak Warna apabila namanya tidak tercalon menerusi kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) pada anugerah berkenaan di Istana Budaya pada 16 Ogos 2013.

Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Zizan berkata antara faktor mengapa dia tidak tercalon untuk kategori penting berkenaan adalah kerana ketiadaan dirinya di dalam drama mahupun program TV sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

"Sebenarnya sepanjang tahun lalu dan tahun ini, saya banyak berlakon filem dan kalau tak silap tak banyak program TV yang membabitkan diri saya. Mungkin perkara itu telah mempengaruhi ketiadan saya dalam kategori berkenaan. Bagaimanapun saya percaya dengan kebijaksanaan juri dalam memilih mereka yang layak untuk tersenarai dalam top 5 anugerah ini.

"Saya percaya, pihak penganjur memiliki alasan mereka sendiri. Mungkin juga mereka mahu memberi peluang kepada orang lain untuk. Takkan asyik saya saja," katanya berterus terang.

Isu ini timbul apabila Zizan tidak tercalon dalam kategori berkenaan. Sedangkan teman seangkatannya Johan menerusi program Super Spontan telah terpilih untuk berentap dalam kategori itu bersama-sama dengan Yus Jambu (Karoot Komedia), Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar), Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi dan Saiful Apek (Syok:Balik Balik Rempit).

Nama Zizan bagaimanapun tercalon untuk kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) serta Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada anugerah yang akan ditayangkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Sementara itu, Zizan menambah ketiadaan namanya dalam kategori TV berkenaan bagaimanapun tidak mendorong untuk memperbanyakan lagi pembabitannya dalam program TV selepas ini.

Tambah Zizan, antara faktor dia kurang terbabit dalam program TV kerana mahukan pembaharuan dalam setiap lakonannya.

"Bukannya saya memilih untuk melebihkan program TV ataupun filem, tapi kalau ada tawaran yang sesuai dengan skrip dan memiliki pembaharuan sudah pasti saya akan menerimanya.

"Ini kerana saya mahu menguji diri saya dengan perkara baru dan lebih berkualiti. Jadi tawaran seperti itu kurang saya dapat untuk program TV," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama terbitan Astro berjudul Raya Sampai Pengsan.

Ditanya sejauh mana harapannya untuk membawa pulang sebarang anugerah pada malam anugerah berkenaan, Zizan berkata dia langsung tidak meletakan harapan menggunung tinggi sebaliknya mahu mengekalkan hasil kerja terbaik dalam setiap lakonannya.

Katanya, penganjuran Anugerah Lawak Warna sangat bertepatan sekali dalam menaik taraf industri seni komedi tanah air supaya lebih dihargai dan dihormati ramai.

"Sebelum ini komedi dipandang remeh oleh sesetengah pihak tetapi sekarang dengan pelbagai platform yang telah diwujudkan oleh pihak Astro dan dengan adanya filem komedi berkualiti tinggi, industri ini diangat sangat tinggi.

"Saya percaya, dengan adanya anugerah ini pelakon komedi akan bekerja lebih keras untuk meningkatkan mutu lakonan mereka dan percaya atau tidak semakin ramai kini pelakon serius yang mula memegang watak komedi.

"Bagi saya itu perkembangan yang sangat sihat," katanya yang dijangka tampil dengan beberapa watak serius tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan