Nuffnang

Sabtu, 6 Julai 2013

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


"Saya masih lagi belum berpunya" - <b>Elfira Loy</b> - Utusan Online

Posted: 26 Jun 2013 12:06 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

ELFIRA LOY

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pelakon muda, Elfira Loy, 19, nafi sedang bercinta dengan mana-mana lelaki termasuk aktor dari Indonesia, Baim Wong kerana usianya yang masih muda.

Menurut Elfira, buat masa ini dia masih lagi mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya dan pengajiannya dalam bidang Seni Persembahan & Komunikasi, Kolej Damansara Utama (KDU).

"Saya masih lagi belum berpunya. Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan digosipkan bercinta bersama.

"Antaranya yang pernah dikaitkan bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman," katanya ketika dihubungi hari ini.

Isu percintaan Elfira dan Baim hangat diperkatakan selepas pelakon kacak dari seberang itu sendiri membuat pengakuan bahawa mereka sedang dilamun cinta dalam program Meletop di Astro Ria semalam.

Malahan untuk membuktikan bahawa mereka sedang serius bercinta, Baim turut menunjukkan khidmat pesanan ringkas (SMS) antara dia dengan Elfira.

Bagaimanapun, apa yang ditunjukkan oleh Baim dalam program yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil itu hanyalah gimik memandangkan beliau dan Elfira melakonkan watak pasangan kekasih dalam telefilem terbaharu mereka, "Untuk Terakhir Kali". - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Komen