Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
<b>Sharnaaz Ahmad</b> Bakal Ambil Tindakan Mahkamah | buahmulut.com Posted: 30 May 2013 06:59 PM PDT "Tanpa teragak – agak saya akan mengambil tindakan mahkamah terus selepas ini jika ada lagi pihak tertentu yang cuba mengfitnah saya dalam apa jua keadaan." "Saya dah tak nak maki-maki lagi dekat Twitter mahupun Facebook. Jadi saya harap sebelum nak keluarkan sesuatu cerita berkenaan saya, baik siasat dulu kebenaranya" Kata kata ini bukanlah berbentuk gurauan, sebaliknya satu bentuk amaran yang dimaksudkan secara serius oleh pelakon ini. Sharnaz yang kami temui di Restoran Rebung, Bangsar memberi peringatan tersebut kepada individu individu yang sentiasa mengeluarkan cerita yang berbentuk fitnah keatasnya sehingga masyarakat memberi pandangan yang buruk terhadap dirinya . Ini termasuklah dakwaan yang mengatakan dia kini sudah menemui cinta baru bersama pelakon yang berasal dari Singapura iaitu Elfaeza Ul Haq. Kontroversi perhubungan ini tercetus apabila Elfaeza dan Sharnaaz Ahmad kini diuruskan oleh pihak pengurusan yang sama sejak sebulan yang lalu disamping bakal bergandingan didalam sebuah drama berjudul 'Mukhlis' yang akan ditayangkan di RTM. Mengulas lanjut, Sharnaaz nyata terkejut dengan hal tersebut "Sebenarnya tidak ada apa-apa hubungan pun diantara saya dengan Elfaezah, hubungan kami lebih kepada rakan sekerja. Saya pun tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul dan kenapa kami dikaitkan. Lagipun buat masa sekarang saya tidak memikirkan sangat soal cinta kerana bagi saya kerja perlu di beri fokus yang lebih utama " Jelasnya yang tergesa gesa mahu bergegas ke lokasi pengambaran. p/s : Gambar Terkini Sharnaaz Ahmad, [Selanjutnya] Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !! |
Gambar Siti Elfaeza, kekasih baru <b>Sharnaaz Ahmad</b> Posted: 30 May 2013 09:29 PM PDT Gambar Siti Elfaeza, kekasih baru Sharnaaz Ahmad - Selepas sah putus cinta dengan penyanyi terkenal, Shila Amzah tiga bulan lepas, kini Sharnaaz Ahmad mula digosipkan sedang bercinta dengan seorang artis cantik dari Jurong, Singapura, dikenali Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq. Gosip liar ini mula tersebar minggu lepas apabila laman blog akupunyer telah berkongsi satu artikel bertajuk "Sharnaaz, Elfaeza Bercinta?". Adakah benar gosip yang disebarkan di laman blog ini? Kesahihan cerita percintaan dua pelakon hebat ini tidak dapat dipastikan namun jika ianya benar, tahniah kepada pelakon antagonis filem Juvana kerana telah menemui pengganti yang sememangnya lawa dan menawan. Di sini, admin ingin berkongsi beberapa keping gambar Elfaeza, kekasih baru Sharnaaz Ahmad. |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan