Kilafairy - Google Blog Search |
<b>Kilafairy</b> Tak hormat Ramadan? - iskandarX Society Posted: 21 Jul 2013 05:32 AM PDT NAMPAKNYA Ramadan menyebabkan masyarakat kita menjadi lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkara. Apatah lagi perbuatan tidak sopan atau mempersendakan bulan mulia ini akan membangkitkan kemarahan umat Islam. Jika sebelum ini ada selebriti ditegur kerana sikap mereka yang menunjuk-nunjuk dalam beribadat, aktres dan penyanyi seksi Kilafairy turut terkena tempias. Pelbagai kritikan dilemparkan kepada Kilafairy setelah dia berkongsi sebuah video di Intagram dengan hanya memakai baju besar paras peha dan tidak memakai seluar. Ternyata ia menimbulkan kemarahan peminatnya seolah-olah pelakon yang terkenal dengan jolokan Angelina Jolie Malaysia itu tidak menghormati Ramadan. Difahamkan, video tersebut bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaiannya, We Are Rack bersama dengan beberapa individu mengadakan penggambaran di studio. Walaupun Kilafairy tidak membalas kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya itu, seharusnya dia patut berhati-hati ketika memuat naik sebarang video atau gambar ketika umat Islam meraikan kedatangan bulan mulia ini. iskandarX: Memang la seksi tahu la awak tu seksi, tapi hormat la sikit bulan puasa walaupun profile awak tu peribadi punya, tapi ini Malaysia la. |
You are subscribed to email updates from Kilafairy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan