Nuffnang

Isnin, 8 Julai 2013

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


<b>Memey Suhaiza</b> Buat Keputusan Untuk Terus Bertudung |

Posted: 24 Apr 2013 11:29 PM PDT


Abang Nara perhatikan, gelombang penghijrahan memakai tudung di kalangan selebriti wanita Malaysia lebih menjurus kepada artis-artis muda. Ini satu petanda yang sangat baik sebenarnya kerana ia bermakna golongan muda sekarang lebih peka terhadap tuntutan agama.

memey suhaiza bertudung

Terbaru, Memey Suhaiza telah pun mengambil keputusan untuk terus kekal bertudung. Memey berkata kepada portal GUA:-

Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung. Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini. Namun, saya bersyukur dan gembira dengan perubahan ini. Harap peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga

memey suhaiza bertudung
Sudah tentu orang yang paling gembira dengan berita ini ialah suaminya sendiri, Norman. Kata Memey:-

Abang (Norman) sangat gembira dengan perubahan ini. Ini kerana sebelum ini dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut harijadinya pada 8 Januari lalu. Namun, ketika itu saya masih belum bersedia dan Abang memahami situasi saya dan dia memberi ruang untuk saya berfikir. Dia tidak mahu saya memakai tudung kerana terpaksa

Tahniah buat Memey atas perubahan ini. Semoga selepas ini lebih dimurahkan rezeki dan diberi kelapangan dalam hidup. Tahniah juga buat Norman atas kejayaan membimbing isteri anda. Secara jujur, memang Memey lebih comel bertudung daripada tidak bertudung. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


(4 GAMBAR)<b>Memey Suhaiza</b> Kini Tampil Dengan Imej Bertudung? |

Posted: 22 Apr 2013 06:54 AM PDT


Wow. Abang Nara suka dengan imej bertudung yang ditunjukkan oleh Memey Suhaiza ini. Memang kena dengan dirinya. Cantik sangat-sangat. Adakah imej ini akan berkekalan? Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada Memey mengenai hal ini.

memey suhaiza bertudung

Namun yang pasti, Norman Hakim pastinya sangat gembira dengan imej isteri ini. Tambah menggembirakan sudah tentu anak-anak mereka yang mendapat kasih sayang daripada 2 orang ibu. Memang Abang Nara tabik spring kepada Abby dan Memey yang tidak mengingati sejarah lama untuk kebahagiaan anak-anak mereka.

memey suhaiza bertudung

Semoga kebahagiaan mereka sekeluarga akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga ia turut akan menjadi contoh buat masyarakat di luar sana. Kalau Abby dan Memey boleh lakukan, mengapa tidak anda? 2 lagi gambar terbaru Memey Suhaiza dengan membaca entri ini sepenuhnya.

memey suhaiza bertudung
memey suhaiza bertudung

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan