Sazzy Falak - Google Blog Search |
FESYEN - <b>Sazzy Falak</b> Martabatkan Batik Ke Persada <b>...</b> - Gua.com.my Posted: 03 Jul 2013 04:47 PM PDT Jika dulu, anak-anak muda enggan mengenakan kain batik kerana stereotaip mengatakan ia hanya sesuai untuk golongan yang lebih berusia. Kini dengan koleksi terbaru daripada SF by Sazzy Falak, corak batik sesuai digayakan oleh golongan muda kerana gaya yang diketengahkan segar, 'trendy' dan ringkas. Batik yang dicetak di atas kain jenis lycra, jersey, chiffon dan kapas memberi kelainan kepada si pemakai. Mana taknya, setiap jenis kain mempunyai efek yang berbeza. Contohnya, batik yang dicetak di atas lycra memberi efek bentuk tubuh yang menawan. Manakala chiffon pula begitu cantik digayakan kerana ia direka dengan efek 'flowy'. Lebih menarik, koleksi batik daripada pelakon serta pengacara popular, Sazzy Falak ini akan dibawa ke New York untuk dipersembahkan di PLITZS New York Fashion Week pada bulan September nanti. Sebanyak 25 rekaan akan dipertontonkan kepada penggemar fesyen antarabangsa. Bagi Sazzy, dia ingin membawa batik ke persada antarabangsa kerana cintanya terhadap salah satu khazanah negara ini. Ditambah pula dengan rekaan yang sesuai dengan citarasa anak muda masa kini, Sazzy yakin dia dapat mencipta sesuatu yang bermanfaat buat masyarakat terutamanya generasi muda. Setakat ini, antara koleksi yang terdapat di SF by Sazzy Falak adalah Lily Kimono, Rose Cardigan, Sanya Cardigan, Lenora Songket Dress, Poppy Vest dan banyak lagi. Koleksi Lily Kimono dan Sanya Cardigan merupakan antara koleksi yang terhangat di pasaran. Bagi yang berminat untuk memiliki koleksi SF by Sazzy Falak ini, layari www.sfbysazzyfalak.com atau www.fashionviolet.com. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan koleksi tersebut di beberapa bazaar yang akan diumumkan kelak. |
You are subscribed to email updates from Sazzy Falak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan