Nuffnang

Selasa, 2 Julai 2013

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Umum Bakal Bernikah Pada Februari 2014 |

Posted: 26 Jun 2013 05:50 AM PDT


Setelah 2 kali menangguhkan, akhirnya hari ini Misha Omar mengumumkan yang tarikh pernikahannya bakal berlangsung pada bulan Februari 2014. Untuk makluman, Misha telah pun bertunang dengan Fiross Ezzwan Rosly sekitar bulan Februari 2012 yang lalu. Pastinya orang yang paling gembira dengan pengumuman ini adalah Misha dan tunangnya.

misha kahwin

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Misha sendiri ketika sidang media pelantikannya sebagai duta pertama jenama cat ternama tempatan, Colourland, bertempat di The Bee, Publika. Namun begitu, tarikh tepat majlis pernikahan masih belum ditentukan dan akan dibincangkan selepas Hari Raya kelak. Kata Misha:-

Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi pada September lalu, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memilih Februari 2014 untuk menyatukan ikatan cinta kami. Namun tarikh sebenarnya belum lagi ditetapkan sehingga mereka berjumpa dan berbincang secara lanjutnya.

Kami memilih Februari tahun hadapan sempena genap dua tahun kami bersama setelah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. Kebetulan kami berdua lapang pada bulan tersebut dan tidak terikat komitmen kerja. Harap-harapnya, semua berjalan lancar.

misha tunang

Semoga kali ini tidak akan ada halangan lagi buat Misha dan Firos untuk bergelar suami isteri. Diharap kedua-duanya akan mengosongkan jadual masing-masing demi hari bersejarah tersebut. Sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan untuk bakal pengantin kita ini.

P.S: Teaser Mazda 3 2014 dipertontonkan oleh Mazda US

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Misha Omar</b> Lambat Kahwin Bukan Kerana Tunggu Surat Cerai |

Posted: 26 Jun 2013 08:37 PM PDT


Jika anda pengikut tegar perkembangan dunia hiburan Malaysia, pastinya ada pernah terdengar gosip yang menyatakan Misha Omar pernah berkahwin. Kalau tak silap Abang Nara, si "suami" Misha Omar adalah seorang ahli perniagaan Kelantan. Malah ada gosip yang menyatakan kelewatan perkahwinan Misha dengan Firos adalah kerana sedang menunggu surat cerai daripada si "suami" itu.

misha omar kahwin

Menurut Misha Omar, dia mengenali lelaki yang membuat dan menyebarkan tuduhan tersebut. Kata Misha kepada Mstar Online:-

Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama. Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan. Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin

misha omar pernah kahwin

Siapakah gerangan lelaki yang membuat tuduhan sebegini terhadap Misha Omar? Adakah lelaki itu kecewa kerana Misha menolak cintanya? Kalau lelaki itu betul-betul ada bukti, tampilkanlah surat bukti Misha pernah berkahwin. Setakat cakap kosong, semua orang pun boleh buat. Tak gitu?

P.S: Model terbaru daripada Proton pada tahun 2014

Baca Yang Ini Pulak:-


BERITA ARTIS - <b>Misha Omar</b> Dilantik Menjadi Duta Sulung <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2013 09:00 AM PDT

Bertempat di The Bee, Publika Kuala Lumpur, penyanyi dan pelakon terkemuka tanah air, Misha Omar telah diumumkan sebagai duta sulung bagi produk Colourland Paints. Perjanjian yang termetrai selama setahun antara pihak Colourland Paints dan Misha Omar ini terjadi apabila pihak Colourland Paints sangat percaya dengan bakat dan populariti yang ada pada Misha yang begitu sesuai dengan Colourland Paints.

Pengarah Colourland Paints Sdn Bhd, Loh Boob Leong menjelaskan yang Misha dipilih dek kerana kriteria yang dicari oleh Colourland Paints ada pada diri Misha. 

"Dia satu-satunya Misha Omar. Dia penyanyi popular tempatan, kami juga produk tempatan buatan Malaysia. Jadi dengan bakat dan pengaruh populariti yang dia ada, kami yakin yang Misha mempunyai semua kualiti dan kriteria yang kami cari dalam usaha untuk memperluaskan lagi jenama kami di kalangan pengguna di Malaysia," ujar Loh.

"Sudah lama kami mencari duta bagi produk kami dan Misha adalah individu yang paling sesuai. Kami positif kolaborasi ini akan mendatangkan hasil yang membanggakan. Kunci kejayaan kami adalah intergriti dan kami yakin sifat itu juga begitu dekat dengan Misha yang memperlihatkan intergriti dalam setiap hasil karya yang dia cuba sampaikan," ulas Loh lagi.

Ketika ditemui pada majlis pengumuman tersebut, Misha Omar menjelaskan yang dia menerima tawaran ini kerana perjalanan kariernya dan Colourland Paints hampir serupa.

"Perjalanan karier saya dan produk Colourland Paints hampir serupa. Jika dahulu pada tahun 2000, saya baru sahaja bermula untuk menapak sebagai seorang anak seni dan mengambil sedikit masa untuk menaikkan nama saya, begitu juga Colourland Paints yang wujud sekitar tahun 1999 dan mengambil sedikit masa untuk dikenali oleh rakyat sebagai salah sebuah produk tempatan yang berkualiti," tutur pelantun lagu 'Halaman Cinta' ini.

"Lagipun produk ini boleh 'relate' dengan diri saya sendiri. Produk ini juga merupakan produk tempatan yang amat bagus dan berkualiti. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menerima tawaran sebagai duta produk Colourland Paints ini," ujar Misha lagi mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan