Syamsul Yusof - Google Blog Search |
- <b>Syamsul Yusof</b> & Ammar Alfian Hampir Bertumbuk Kerana Puteri <b>...</b>
- <b>Syamsul Yusof</b> Kesal Pertemuan Dengan Ammar Alfian Didedahkan |
- Puteri Sarah Liyana Sedang Bercinta Dengan <b>Syamsul Yusof</b> <b>...</b>
<b>Syamsul Yusof</b> & Ammar Alfian Hampir Bertumbuk Kerana Puteri <b>...</b> Posted: 27 May 2013 04:41 AM PDT Wow. Memang agak terkejut Abang Nara membaca artikel Berita Harian semalam. Mana tidaknya, Syamsul Yusof dan Ammar Alfian dilaporkan hampir bertumbuk di dalam satu pertemuan di Publika pada 18 Mei lalu. Puncanya? Tidak lain tidak bukan mengenai Puteri Sarah Liyana. Umum mengetahui Ammar Alfian sebelum ini menuduh Syamsul Yusof mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana. Namun begitu, Syamsul Yusof menafikan perkara tersebut menerusi satu kenyataan di Facebooknya. Pertemuan di Publika ini telah dirancang oleh Syamsul untuk menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang wujud di antara mereka berdua kerana Puteri Sarah. Ketika pertemuan tersebut, Ammar Alfian tidak dapat mengawal sikap panas barannya dan hampir sahaja menumbuk kerana Syamsul tidak mengakui yang dirinya bercinta dengan Puteri Sarah. Namun keadaan tegang itu berjaya diredakan oleh sepupu Syamsul Yusof dan wartawan Berita Harian, Zubir yang turut berada di situ. Syamsul Yusof dan Ammar Alfian akhirnya berdamai apabila Syamsul mengakui yang dia sedang berkawan dengan Puteri Sarah. Syamsul turut sama menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda pendamaian. Ammar menerima salam tersebut dan mengakui kesilapannya menyerang Syamsul dan Sarah menerusi Twitter. Kedua-duanya turut bersetuju untuk tidak memanjangkan kontroversi ini. Agak memalukan juga sebenarnya jika Syamsul dan Ammar benar-benar bergaduh kerana Puteri Sarah. Tidak berbaloi di mata Abang Nara untuk cedera hanya kerana seorang wanita. Nasib baiklah kesemuanya berakhir dengan baik. Semoga selepas ini Syamsul dan Ammar akan menjalani kehidupan dengan tenang. Jangan hanya kerana seorang wanita, maruah seorang lelaki boleh jatuh. Tak gitu? P.S: Dah banyak mencuba produk penjagaan kulit tetapi masih tidak berjaya mendapatkan wajah berseri? Cubalah FCC skincare yang pasti memberikan anda kulit yang "Bright, Beautiful, Clear, Confident". Dijamin halal dan terbukti sudah berkesan kepada ribuan pengguna. LIKE Facebook FCC sekarang untuk informasi lanjut. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Syamsul Yusof</b> Kesal Pertemuan Dengan Ammar Alfian Didedahkan | Posted: 18 Jun 2013 08:55 PM PDT Bulan lalu, pertemuan Syamsul Yusof dan Ammar Alfian telah pun didedahkan menerusi sebuah suratkhabar terkemuka. Namun begitu, sehingga ke hari ini Syamsul tidak pernah membuat pengakuan mengenai perkara tersebut. Hari ini menerusi Kosmo, Syamsul mengakui yang pertemuan tersebut memang berlaku. Namun Syamsul ternyata kesal kerana pertemuan tersebut telah didedahkan kepada umum. Kata Syamsul Yusof:-
Berkata kepada Mstar Online, Syamsul memberitahu yang dia akan mengambil langkah berjaga-jaga di masa hadapan mengenai sebarang kenyataan yang akan dikeluarkan.
Apa pun Abang Nara respek dengan ketenangan yang ditunjukkan oleh Syamsul Yusof. Biasalah sesetengah perkara akan dikontroversikan untuk menghangatkan lagi suasana. Apa pun Abang Nara tak sabar nak menunggu kemunculan KL Gangster 2 yang akhirnya sudah selesai penyuntingan. Semoga cepat dapat ditayangkan di pawagam!!! P.S: Kulit anda kusam? Mahukan penyelesaian segera? Tampil menawan dengan mineral makeup Ronasutra. Hanya perlu 5 minit sahaja untul tampil jelita terutamanya ketika menghadiri majlis keramaian. Tunggu apa lagi? LIKE Facebook Ronasutra dan lawati www.ronasutra.com untuk melihat pilihan yang anda. Baca Yang Ini Pulak:- |
Puteri Sarah Liyana Sedang Bercinta Dengan <b>Syamsul Yusof</b> <b>...</b> Posted: 28 Apr 2013 07:36 PM PDT Tak tahu sama ada Ammar Alfian sedang kecewa sehingga membuat dakwaan sebegini ataupun memang perkara ini sedang berlaku. Berkata kepada MStar Online, Ammar memberitahu yang bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana sedang bercinta dengan pengarah hebat, Syamsul Yusof. Menurut Ammar, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sudah menjalinkan hubungan cinta sejak Oktober tahun lalu sedangkan mereka berdua berpisah pada bulan Disember. Kata Ammar:-
Setahu Abang Nara, Syamsul Yusof sekarang ini sedang sibuk dengan kerja menyunting filem KL Gangster 2 di Bangkok. Rasanya macam tak ada masa je buat Syamsul untuk bercinta. Lagipun Syamsul sebelum ini sudah pun mengaku yang dirinya mempunyai seorang kekasih bukan daripada kalangan artis. Jadi adakah ini propa daripada Ammar Alfian semata-mata? P.S: Ada Cara Berhenti Merokok Paling Mudah?? KLIK GAMBAR INI Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Syamsul Yusof - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan