Nuffnang

Isnin, 19 Ogos 2013

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Ibu Mahu Lihat <b>Dayang Nurfaizah</b> Temui Jodoh! - Murai.com.my

Posted: 15 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2013: Sempena kolaborasi bersama Prince Hotel & Residences Kuala Lumpur bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan yang mulia ini, penyanyi Dayang Nurfaizah dia tidak ketinggalan membawa ahli keluarganya untuk turut sama meraikan acara yang berbentuk amal sebegini.

Dayang yang bakal memasuki usia 32 tahun pada 20 Julai ini bukan sahaja dirai dalam majlis tersebut, namun dia masih lagi turut dihujani soalan mengenai jodoh sehinggakan media bertindak menanyakan ibunya , Puan Nona Nahrawi sendiri mengenai isu tersebut.

Nyata ibu kepada penyanyi yang digelar ratu R&B dan soul ini telah menyatakan keinginannya melihat Dayang mengakhiri zaman bujangnya. Tetapi dia tidak memaksa serta menyerahkan kepada Dayang untuk membuat pilihan dalam hidupnya.

Mana-mana ibu mesti mahu tengok anaknya berkahwin dan hidup bahagia dengan keluarga. Tetapi saya tidak mendesak Dayang untuk berkahwin. Memang sanak -saudara ada bertanya bila Dayang akan kahwin tetapi saya hanya biar dia buat pilihan sendiri.

"Risau ada juga sedikit, maklumlah dia sudah memasuki usia 32 tahun tetapi saya tahu dia mahu bekerja dahulu. Dia pernah berkata kepada saya ingin mengumpul duit dahulu sementara masih kuat untuk bekerja demi untuk masa hadapan.

"Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan anak saya dengan kejayaan yang dia ada sekarang. Sekarang saya hanya berdoa agar jodohnya cepat sampai barulah saya sebagai ibu akan merasa lega,"ujar Puan Nona yang meminati lagu Hakikat Cinta dendangan Dayang semenjak anak perempuannya itu bergelar penyanyi.

Pada majlis yang sama Dayang dilihat manja dengan seorang kanak-kanak perempuan bernama Zahra yang merupakan anak saudaranya. Dari itu, portal Murai sempat bertanyakan Dayang samada dia mempunyai keinginan untuk mengambil anak angkat seperti beberapa selebriti wanita solo yang lain.

"Ini adalah Zehra, anak saudara yang paling rapat dengan saya. Dia memanggil saya dengan panggil saya 'Mumuk' kerana lagu saya Dayang Sayang 'Kamu'. Daripada Mumu akhirnya menjadi Mumuk kerana sebutannya mengikut dialek Sarawak.

"Bukan saya tidak mahu mengambil anak angkat kerana ia bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi. Ia sama seperti kita mengambil alih tugas menjadi ibu dan juga bapa kepada anak angkat itu.

"Dengan kerjaya saya dan masa yang sibuk, saya belum lagi mampu memikul tanggungjawab sebesar ini dan takut ia akan menjadi bebanan di masa akan datang. Selepas itu nanti bagi ibu jaga dan perkara ini akan membuatkan niat kita itu sudah tidak betul.

"Kalau boleh saya tidak mahu perkara seperti ini terjadi. Lebih baik saya miliki zuriat sendiri apabila berkahwin kelak atau jika sudah benar-benar bersedia baru saya akan fikirkan hal ini,"ucap Dayang apabila ditanyakan mengenai perkara ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen