Hans Isaac - Google Blog Search |
Kenyataan David Teo Seperti Memijak Saya – <b>Hans Isaac</b> | Posted: 15 Aug 2013 08:57 PM PDT Kesiannya menjadi seseorang yang bernama Hans Isaac sekarang ini. Sudahlah filem terbitan tidak berapa laku di pawagam, hati pula terguris apabila David Teo mengeluarkan kenyataan filem Adnan Sempit 3 berjaya mengenepikan filemnya. Kecewa dengan kenyataan David Teo, Hans Isaac berkata kepada Sinar Harian:-
P.S: Harga Toyota Vios 2013 diumumkan Baca Yang Ini Pulak:- |
BERITA ARTIS - <b>Hans Isaac</b> Tidak Kecewa - Gua.com.my Posted: 15 Aug 2013 04:45 AM PDT Pelakon, pengarah dan penerbit filem, Hans Isaac meluahkan rasa sedihya apabila sesetengah pihak menganggap dia kecewa kerana filem terbaru terbitannya, 'Lemak Kampung Santan' tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di pawagam. Hans menjelaskan yang dirinya tidak kecewa dengan sambutan yang diterima, sebaliknya kekecewaan yang dimaksudkan adalah lebih kepada proses dan peluang yang diberikan kepada filemnya jika dibandingkan dengan filem-filem lain yang ditayangkan serentak. "Saya rasa sedih. Ramai orang salah sangka dengan beranggapan yang saya kecil hati berkenaan dengan sambutan filem ini. Bukan sambutan yang membuatkan saya kecewa. Saya kecewa dengan proses dan peluang yang diberikan kepada filem 'Lemak Kampung Santan' tidak seperti filem-filem lain yang sedang ditayangkan di panggung wayang," ujar Hans memulakan bicara dengan GUA saat dihubungi tengah hari tadi. "Filem saya diberikan slot tayangan di pawagam pada pukul 11 pagi, 1 petang dan 7.15 malam. Jika difikirkan, waktu yang diberikan kepada filem 'Lemak Kampung Santan' adalah di waktu yang kurang bersesuaian. Seperti contoh, jam 7.15 malam amatlah tidak sesuai kerana waktu itu merupakan waktu Maghrib. Para penonton filem Malaysia pula hampir kesemuanya datang daripada masyarakat Melayu. Jadi sudah tentu sangat kurang orang menonton filem tersebut ketika di waktu tayangan 7.15 malam," luah Hans lagi. Kata Hans lagi, ekoran dari slot tayangan yang tidak kena pada masanya, perkara itu telah memberi impak kepada sambutan penonton yang datang menonton filem 'Lemak Kampung Santan'. Sehinggakan selepas lima hari tayangan, ia hanya dapat mengumpul kutipan tiket lebih kurang dalam RM100,000 sahaja. Hans juga menjelaskan yang dia telah berbincang dengan pihak FINAS mengenai perihal slot tayangan ini. "Saya telah berbincang dengan pihak FINAS. Pihak FINAS sendiri telah menulis surat untuk diedarkan kepada pawagam untuk memanjangkan lagi tarikh tayangan filem 'Lemak Kampung Santan' sehingga dua minggu lagi," ulas pengarah filem 'Cuci' ini. Selain itu, Hans juga menjelaskan yang selepas ini dia tidak akan menayangkan filem 'Lemak Kampung Santan' melalui Astro First atau DVD. "Saya akan tetap dengan pendirian saya iaitu saya tidak akan mengeluarkan filem 'Lemak Kampung Santan' ini melalui format DVD ataupun melalui Astro First. Saya akan tetap memasarkan filem ini menggunakan cara lain dan semuanya masih dalam proses perbincangan," tegas Hans lagi mengenai keputusannya. Ekoran dari perkara ini, Hans menjelaskan yang selepas ini dia akan fokus kepada penerbitan teater daripada penerbitan filem. "Saya antara penerbit yang menjalankan perniagaan filem dan teater. Bagi saya, bidang teater lebih selamat berbanding filem. Sebagai penerbit, kita akan terlibat secara keseluruhannya dalam proses pembikinan sehingga pemasaran teater. Saya menjangkakan dalam lima atau enam tahun akan datang, saya tidak akan melabur untuk menerbitkan filem lagi," tutur Hans mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from Hans Isaac - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan