Nuffnang

Jumaat, 9 Ogos 2013

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b>, Engku Alessya Berbaju Kebaya - Gossip Artis Malaysia

Posted: 05 Aug 2013 08:00 PM PDT

Pada: Selasa, 6 Ogos 2013 Dengan kesempatan beberapa hari lagi mahu Beraya, Erra Fazira dan anaknya, Engku Alessya sempat bergambar bersama dengan kedua-duanya berpakain kebaya tradisional.

Dalam sesi bergambar itu, Erra sempat edit gambar berkenaan dengan memberikan ucapan Raya yang ringkas dan padat kepada peminat dan pengikutnya di laman Instagram.

Namun kemana kelibat Engku Emran? kenapa tidak bergambar bersama? Adakah kali ini mereka akan beraya bersama?

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

<b>Erra Fazira</b> Terbayang Maut Ketika Kemalangan - Gua.com.my

Posted: 23 Jul 2013 09:19 AM PDT

Pelakon serta penyanyi popular, Erra Fazira mengakui hanya terbayangkan maut sewaktu berhadapan dengan detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Bandar Utama, 6 Julai lalu.

Dalam kejadian berhampiran Sri Pentas TV3 itu, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi Erra ketika mengikuti konvoi ke Port Dickson dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sehingga motosikalnya terperosok di bawah lori.

"Saat jatuh, hati saya terdetik, adakah ini pengakhiran hidup saya. Namun, syukur Alhamdulillah, tiada yang teruk berlaku. Saya hanya mengalami kecederaan ringan dan bengkak di kaki kiri. Saya ralat kerana ketika itu saya hanya bawa perlahan tapi tiba-tiba motosikal saya dilanggar sebuah kereta dari belakang. Ini merupakan kali kedua saya terlibat dalam kemalangan sejak terlibat dengan motor berkuasa tinggi ini," ujar Erra ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi mengenai aktiviti bulan Ramadan, pengacara program bual bicara 'Primadona' ini memberitahu dia mengurangkan aktiviti lakonan kerana mahu fokus dengan perniagaan hamper yang diusahakannya.

"Seperti biasa, apabila Ramadan saya akan kurangkan aktiviti lakonan. Perniagaan hamper saya juga masih berjalan dan Alhamdulillah, tempahan yang diterima mendapat sambutan baik. Walau bagaimanapun, saya hanya ambil mana yang mampu saja.

Mengenai persiapan raya pula, saya buat secara sederhana kerana persiapan lebih kepada keluarga. Saya dah mula cari apa yang patut kerana tak mahu buat persiapan di saat-saat akhir. Kalau boleh, seminggu sebelum raya saya nak buat kuih atau kek sendiri," ujar Erra yang akan beraya di Kuala Lumpur tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan