Nuffnang

Jumaat, 9 Ogos 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Ana Dahlia Anak Emas <b>Rosyam Nor</b>? - Gua.com.my

Posted: 03 Jul 2013 09:23 AM PDT

Ana Dahlia, salah seorang aktres yang meningkat naik dan merupakan bekas peserta rancangan realiti lakonan yang pernah diterajui oleh Rosyam Nor, 'Pilih Kasih' dikatakan menjadi anak emas Rosyam Nor kerana dia telah membintangi kedua-dua drama bersiri terbitan Suhan Movies yang bakal disiarkan sempena bulan Ramadan ini.

Menemui aktor berbakat besar, Rosyam Nor di majlis pratonton drama bersiri 'Cinta Yang Satu' dan 'Dia Tetap Ayah' terbitan Suhan Movies, dia menjelaskan yang semua ini hanya kebetulan sahaja. 

"Perkara ini hanya kebetulan sahaja. Penggambaran drama bersiri 'Cinta Yang Satu' telah dilakukan pada tahun lalu manakala drama bersiri 'Dia Tetap Ayah' baru sahaja habis menjalani penggambaran. Secara kebetulan, drama bersiri 'Cinta Yang Satu' dan drama bersiri 'Dia Tetap Ayah' disiarkan pada bulan Ramadan tahun ini dan saya akui yang kedua-dua watak ini sangat bersesuaian dengan Ana sendiri," jelas Rosyam yang merupakan pemilik syarikat produksi Suhan Movies.

"Watak wanita cacat penglihatan yang Ana lakonkan dalam drama 'Cinta Yang Satu' mencabar kewibawaannya sebagai seorang pelakon dan watak antagonis yang diterajuinya dalam drama 'Dia Tetap Ayah' memberikan warna yang berbeza dalam lakonannya. Dia boleh membawa kedua-dua watak tersebut, jadi saya memberikan dia peluang ini. Lagipun Ana merupakan anak didik saya dalam program Pilih Kasih dahulu," tutur Rosyam gembira apabila anak-anak didiknya dalam 'Pilih Kasih' dahulu kini semakin mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air. 

"Saya amat gembira apabila mereka makin dikenali dalam industri ini. Dahulu saya ada berpesan kepada mereka, jika mereka ingin berjaya dalam bidang ini, mereka kena kuat dan bermula dari bawah. Kini, bakat-bakat mereka semakin menjadi pilihan penggemar industri hiburan seperti Cristina Suzanne, Ana Dahlia, Bella Dally, Bil Azali, Ku Hariz dan ramai lagi," cerita pelakon yang pernah membintangi filem 'KL Menjerit' ini.

Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, dua filem terbaru lakonan Rosyam bakal menjengah pawagam. Filem 'KL Gangster 2' bakal menemui penonton pada bulan Oktober ini dan filem 'Balistik' bakal ditayangkan pada Januari tahun hadapan. 

"Setelah sekian lama saya tidak keluar dengan filem terbaru, dua filem ini bakal menemui penonton. Saya menaruh harapan kepada dua filem ini. Kedua-dua filem ini merupakan filem aksi dan saya punyai matlamat untuk membuktikan kepada khalayak ramai bahawa umur bukan faktor bagi seseorang pelakon itu untuk membintangi filem bercorak aksi," ulas Rosyam lagi.

"Saya juga menaruh keyakinan kepada dua naskah filem ini. Bukan pelakon sahaja yang membuat filem bagus, malah semua orang yang terlibat, terutamanya kru produksi filem itu sendiri," cerita Rosyam yang bakal menjalani penggambaran sebuah filem bercorak aksi dan drama arahan Silver Chang selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen