Nuffnang

Khamis, 29 Ogos 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Berhijrah Secara Perlahan-lahan.. -<b>Lisdawati</b> <b>...</b>

Posted: 27 May 2013 03:44 AM PDT

pix_topright

HALAMAN HIBURAN

"SAYA bertudung kerana Allah dan penghijrahan yang dilakukan ini pun rahsia Allah," Itulah jawapan pelakon terkenal Lisdawati (gambar) ketika diminta mengulas penampilan barunya yang meraih pelbagai reaksi daripada pihak media dan peminat ketika ini.

Secara peribadi, kata pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin, 34, proses penghijrahan yang dilakukannya itu adalah secara perlahan-lahan dan bukannya berubah dalam masa yang singkat.


"Bila saya melakukan perubahan dari segi penampilan bukanlah bermaksud saya akan menjadi sempurna dalam segala hal. Terus terang, saya bukan berasal daripada keluarga yang mengenakan jubah dan purdah. Bagi saya, menutup aurat adalah satu proses peralihan dalam hidup saya sekarang.

"Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam proses menjadi muslimah yang lebih baik. Saya sangat berharap, peminat di luar sana menerima perubahan imej saya secara perlahan-lahan dan janganlah terus menghukum sekiranya ada kenyataan saya yang disalahertikan orang," katanya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, hasratnya untuk mengenakan tudung sudah dipendam apabila kembali daripada menunaikan umrah dua tahun lalu.

Semuanya bermula ketika dia menunaikan umrah bersama pelakon lain termasuk Eja sempena penggambaran drama bersiri Dia Bukan Maryam arahan Erma Fatima yang membabitkan lokasi di Tanah Suci Makkah, ketika itu.

"Sebaik kembali daripada menunaikan umrah, saya mula melakukan perubahan diri secara perlahan-lahan dengan mengenakan pakaian menutup aurat seperti baju berlengan panjang dan labuh. Sehinggalah, hati saya terus terbuka untuk bertudung sepenuhnya kira-kira tiga minggu lalu," katanya.

Diminta mengulas isu dirinya yang didakwa tidak keberatan membuka tudung demi tuntutan watak, Lisdawati enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tidak mahu kenyataan yang dibuat nanti menimbulkan salah faham hingga peminat terus menghukum saya pula. Saya sangat berharap janganlah isu itu diperbesarkan lagi. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, berlakon adalah periuk nasi saya sejak dulu.

Berhijrah secara perlahan-lahan, wajarkah? (IH)

Tiada ulasan:

Catat Komen