Nuffnang

Khamis, 29 Ogos 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


[VIDEO] UCAPAN HARI RAYA <b>ZIZAN RAZAK</b> | Wirefame <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2013 08:51 AM PDT

Selamat hari raya! Maaf Zahir dan Batin..selesai sudah sebulan kita mengharungi bulan ramadhan yang mulia ini..semoga kita semua mendapat keberkatan daripada bulan yang mulia ini. Sekarang tiba sudah giliran Zizan Razak untuk menyampaikan ucapan hari raya kepada korang semua, kesibukan dan jadual yang ketat tidak menjadi masalah untuk Zizan Razak membuat ucapan hari raya khas untuk korang semua. Bagi Zizan peminat dan penyokong nya adalah tulang belakang Zizan dalam menempuh karier dalam dunia hiburan nie. Apa pun dalam video nie Zizan seperti artis-artis WFE yang lain turut berkongsi 5 rahsia menyambut hari yang meriah ini iaitu hari raya aidilfitri.

Haaaaa..satu lagi kiteorang nak share kat korang..pada hari raya pertama jam 3 petang di astro ria..jangan lupa menyaksikan "Fuyoo Raya Zizan" memang meriah show hari raya Zizan nie. Menampilkan rakan-rakan artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Rozita Che Wan, Stacy, dan ramai lagi..yang penting semua artis WFE ade kat dalam tu..meriah show tu dibuat nya. Sambil berhari raya, makan juadah hari raya tu boleh la layan "Fuyoo Raya Zizan" tau.

Sebelum tu korang semua bole layan video esklusif ucapan raya zizan dan sneak preview "Fuyoo Raya Zizan"…Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin! daripada kiteorang Wire Fame Entertainment…

P/S: Alhamdulillah habis dah semua artist WFE nie buat ucapan..korang jangan lupa share entri nie semua tau..sampaikan ucapan raya nie untuk semua peminat artis-artis WFE..Selamat Hari Raya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan