Nuffnang

Khamis, 8 Ogos 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Aidil Akhirnya Menceraikan Saya – <b>Rita Rudaini</b> | - Beautifulnara

Posted: 05 Aug 2013 08:00 PM PDT


Maaf agak terlambat berkongsi perkembangan kes penceraian antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini. Abang Nara sibuk buah kuih raya di dapur semalam. Hehehe. Abang Nara pasti ramai yang menarik nafas lega kerana kemelut yang melanda pasangan ini akhirnya tamat jua.

rita rudaini cerai

Menurut Berita Harian, sebelum Aidil menghantar SMS yang berbunyi "aku ceraikan kau talak satu", telah berlaku perang SMS di antara mereka berdua. Aidil dikatakan bengang dengan Rita apabila membaca artikel yang ditulis oleh Zubir mengenai skandalnya di BiPop pada hari Ahad lalu.

rita rudaini

Rita Rudaini yang kini berada di Perlis berkata:-

Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS. Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah

Semoga penceraian ini akan menjadi jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka berdua. Apa pun, jangan lupa tanggungjawab masing-masing kepada anak-anak hasil perkahwinan. Kepada Rita, semoga terus tabah lebih-lebih menjelang Aidilfitri ini.

P.S: Kit badan Proton Preve R3 dijual September ini

Baca Yang Ini Pulak:-


Cerai <b>Rita Rudaini</b> Melalui SMS — Aidil Zafuan Enggan Mengulas <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2013 11:29 PM PDT

Kecoh dunia hiburan hari ini apabila laporan akhbar menyebut Aidil Zafuan telah bertindak menceraikan isterinya, aktress Rita Rudaini hanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

BACA: Rita Rudaini Sahkan Dicerai Melalui SMS Petang Ahad Lalu

Ada juga cakap cakap mengatakan kemuncak dinginnya hubungan mereka apabila Rita Rudaini meluahkan perasaan bengang terhadap Aidil Zafuan yang kini menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Zarema.

Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Aidil Zafuan meminta supaya semua pihak menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah bagi menjawab isu lafaz cerai terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini.

"Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti," katanya memilih enggan mengulas mengenai cerita cerai sebagai menghormati Ramadan dan Syawal yang akan menjelang.

"Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti," tambah Aidil Zafuan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan