Nuffnang

Khamis, 8 Ogos 2013

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


dialog filem untuk tiga hari tidak jatuh talak kata <b>vanidah imran</b>

Posted: 23 Sep 2012 10:33 PM PDT

Dialog Filem Untuk Tiga Hari: Tidak Jatuh Talak kata Vanidah Imran

vanidah imran dan rashidi gambar dialog filem untuk tiga hari : tidak jatuh talak kata vanidah imran

Pelakon Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi film Untuk Tiga Hari

Vanidah yang dihubungi mStar Online di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan

Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang megatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,katanya

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan

Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,tegasnya

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan