6ixth Sense - Google Blog Search |
<b>6ixth Sense</b> Sibuk Promosi Ke Indonesia – Perak Today Posted: 26 Jul 2013 03:50 AM PDT
Vokalisnya Adi berkata, tumpuan mereka buat masa ini diberikan kepada usaha tersebut kerana bukan mudah untuk menembusi pasaran di negara berkenaan yang banyak persaingan. "Tidak menyepi daripada industri tempatan cuma kita ada strategi tersendiri dan kini sedang sibuk menumpukan perhatian terhadap aktiviti promosi di Indonesia," katanya ketika ditemui mStar Online. Dalam pada itu, Adi berkata, mereka juga sedang mendidik sebuah band baru bernama Sakura yang bernaung di bawah syarikat kumpulan mereka iaitu Putih Production Sdn Bhd. Jelas Adi, kumpulan Sakura akan tampil berbeza dengan band sedia ada kerana akan mempertaruhkan muzik pop dan memberitahu mereka sudah pun muncul dengan single pertama berjudul Setelah Hujan. "Selain mendidik mereka kami sendiri akan bertindak sebagai mentor kepada mereka bagi memastikan arah tujuan dalam industri ini tidak akan tersasar. "Mereka juga mempunyai bakat yang cukup besar dan rugi jika tidak diketengahkan," jelasnya. Tambahnya lagi, mereka akan terus mencari bakat-bakat baharu untuk diketengahkan dan tidak hanya akan menumpukan kepada artis berkumpulan sahaja tetapi juga mencari artis solo. -mStar |
You are subscribed to email updates from 6ixth Sense - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan