Remy Ishak - Google Blog Search |
Bicara Soal Jodoh : “Setakat Ini Belum Ada Yang Istimewa Lagi <b>...</b> Posted: 04 Sep 2013 02:14 PM PDT Selepas mengakhiri hubungan cinta bersama aktres putih gebu Tiz Zaqyah, belum ada lagi berita mengenai Remy Ishak sudah bertemu pengganti. Tapi ada juga beberapa kali timbul gosip manja-manja yang mengkhabarkan, pelakon berkulit hitam manis ini kembali bercinta dengan sahabat baiknya, si jelita Maya Karin. Memberitahu dirinya masih belum mempunyai teman istimewa, Remy bagaimanapun berkata satu hari nanti apabila dipertemukan jodohnya, dia pasti akan berkongsi dengan semua peminat. "Eh, perkara baik (kahwin) mestilah saya akan kongsi dengan semua nanti...", Remy berkata demikian tatkala menjawab pertanyaan dari pihak media, adakah dia akan memyembunyikan hal perkahwinannya dari pengetahuan umum, seperti mana yang dilakukan sesetengah rakan artis. Dalam pada itu Remy mengakui dia agak cerewet dalam soal memilih pasangan hidup. Katanya, "Nak pakai (nak hidup bersama) lama... Nak pakai sampi ke dunia sebelah sana (akhirat). Itu yang susah tu. Kalau setakat nak pakai sampai kat dunia ni jer, berlambak. "Setakat ni belum ada yang istimewa lagi. Sekadar berkawan biasa tu ada lah...", tuturnya lagi sambil berkias dengan nada berseloroh. |
You are subscribed to email updates from Remy Ishak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan