Nuffnang

Sabtu, 7 September 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Ibu Sarankan <b>Fizz Fairuz</b> Bercinta Semula dengan Almy | Kaki <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2013 06:35 PM PDT

Fizz Fairuz Dengan Almy Nadia

Pelakon Fizz Fairuz sebelum ni pernah memberitahu ibunya meletakkan syarat yang dia hanya dibenarkan berkahwin dua tahun lagi dan bertunang dua jam sebelum diijabkabulkan.

Bertemu Fizz di rakaman Melodi Raya di PWTC, malam kelmarin, aktor itu memberitahu sejak kebelakangan ini ibunya pula menyarankan agar dia cepat-cepat berkahwin. Malah kata Fizz ibunya juga pernah mahu memperkenalkan dia dengan beberapa wanita untuk dijadikan calon isteri. Selain, menyebut-nyebut supaya dia kembali semula kepada kekasihnya Almy Nadia.

"Mak saya, sejak dia tak berapa sihat ni dia asyik selalu tanya, bila nak kahwin? Sebagai anak, saya iyakan saja dan saya kata pada dia, InsyaAllah kalau ada jodoh. Lepas tu dia mula lah buka topik nak kenalkan saya dengan beberapa gadis. Ada yang bekerja sebagai doktor.

"Dia juga ada sebut-sebut nama Almy. Dia ada suruh saya balik (bercinta) semula pada Almy", kata Fizz Fairuz.

Pun begitu, insiden putus tunang dengan Azlyn sehingga mencetuskan kontroversi hangat beberapa bulan lalu benar-benar memberi pengajaran buat pelakon Nur Kasih ini. Tidak mahu pisang berbuah empat kali (bak kata Fizz sendiri), menjadikan dia kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memilih teman hidup.

Pada masa sama Fizz mendedahkan sejak bergelar solo, dia sering di dekati ramai wanita. Ada di antaranya dari golongan berada juga golongan kerabat diraja.

 "Ada juga yang mendekati saya. Datang pada saya dengan kereta BMW. Ada juga golongan kerabat yang nak serius dengan saya.

"Tapi saya belajar dari kesilapan. Saya tak mahu pisang berbuah empat kali. Kalau dua kali tu, boleh tahan lagi. Jadi saya tak terlalu rapat dengan mereka dan hanya anggap mereka sebagai kawan biasa" katanya yang turut mengakui dirinya seorang yang mudah cepat mesra dengan sesiapa saja.

Sementara ditanya hubungannya bersama Almy Nadia juga cadangan ibunya, ini jawab Fizz, "Sekarang ni saya memang ada berhubung dengan dia (Almy). Bezanya dulu, kami sangat rapat.  Sekarang ni kami dah jarang – hanya kawan biasa. Saya pun tak mengharap sangat. Tapi jodoh semua tu di tangan Allah, kita tak tahu lagi.

Incoming search terms:

  • IBU FIZZ FAIRUZ MAHU ALMY NADIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan